Followers

Wednesday, January 26, 2011

Senyap Tidak Bermakna Kosong...



Duduk, memerhati, berfikir, berzikir, dan menafsir... Ubat mujarab apabila fikiran bercelaru 

Tiga Minggu Tanpa Bicara

   Hampir tiga minggu ana meninggalkan blog ini kesepian. Ada yang mula bertanya kenapa tidak update blog, dah lama tak update. Ana hanya mampu tersenyum apabila mendengarkan soalan sebegitu. Selama tiga minggu ana menjadi bisu, tanpa bicara yang menuturkan di laman ini. Bisu hanya di sini sahaja, bukan di alam nyata ya. 

   Sepanjang tiga minggu ini, ana menjadi lebih suka mengambil masa untuk melihat, meninjau, membaca pergerakan dan perkara yang berlaku di sekeliling ana. Mungkin kering modal untuk menulis agaknya. Agaknya juga itulah yang menjadi punca mengapa ana mengambil langkah untuk mendiamkan diri selama tiga minggu ini. Jadi, solusinya perhati, fikir dan zikir...

   Itu adalah sebahagian teknik untuk menghadapi krisis kekeringan modal untuk menulis, berdasarkan yang ana pernah dengar la. Apa pun melihat gelagat manusia yang bermacam ragam, memerhati gerak-geri binatang yang melata, memandang keindahan tumbuh-tumbuhan yang menghijau sememangnya memberikan suatu kepuasan kepada minda-minda yang dahagakan ilham. Itu memang tidak dapat dinafikan. Ana rasa itu cara yang terbaik untuk menghadapi krisis ini (bunyi macam masalah negara pulak).

Pengalaman Berlakon???

   Jujur ana katakan, ana memang tiada pengalaman berlakon drama pementasan. Kalau zaman sekolah dulu pun memang setakat jadi orang belakang tabir sahaja.  

Dakwah, tugas dan tanggungjawab setiap yang bergelar muslim
 Malu, segan dan tak berminat. Itulah jawapan ana kepada salah seorang sahabat ana apabila diundang untuk berlakon bersama dalam sebuah drama. Pertandingan sebenarnya, nama pertandingannya ialah CFS Got Talent menggunakan tiga bahasa serentak; Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Bunyi nama pertandingan itu macam nak serupa  prorgam realiti hiburan British Got Talent pula (sebuah rancangan hiburan realiti di Britain). Habis digunakan segala taktik dan teknik untuk menarik ana untuk menyertai bersama. Akhirnya berjaya juga mereka meyakinkan ana. 

   Dipendekkan cerita, ana memegang watak sebagai hakim dalam drama tersebut yang insya Allah, mengandungi unsur-unsur dakwah islami. Haa, nak tau tak drama pasal apa? (hehe, suspend je bunyi). 

Gambar kenangan, Asy-Syahidah Dr Marwah Syarbini bersama keluarganya 

   Drama pementasan kami diadaptasi daripada sebuah kisah seorang wanita muslimah berasal daripada Mesir yang mempertahankan jilbabnya (pakaian muslimah) di sebuah negara yang baginya asing, Jerman. Kisah ini masih segar, baru lagi berlaku. Beliau ialah, Asy Syahidah Marwah Syarbini (semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya), seorang yang syahid di bumi kelahiran Hitler hanya kerana mempertahankan jilbabnya dan Islam. Beliau ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang anti-Islam, rakyat Jerman di dalam sebuah perbicaraan di salah sebuah mahkamah di sana. Suaminya turut tercedera semasa bertindak untuk mempertahankan isterinya yang ditikam. Suaminya telah ditembak oleh pihak berkuasa dengan alasan tak sengaja kononnya... (boleh search di google untuk mengetahui lebih lanjut)


   Dataran Nilai yang indah dan permai

   Jadi itulah serba sedikit mengenai latar belakang drama pementasan tersebut. Selama 4 atau 5 hari berlatih kalau tak silap ana, dari pagi, siang, petang dan malam. Memang kami semua bertungkus lumus berlatih agar semuanya kelihatan smooth dan terbaik semasa pementasan nanti. Latihan kami bertempat di Dataran Nilai. Mood yang terdapat di dataran tersebut memang sangat cocok dengan apa yang kami cari untuk drama ini. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, daun-daun hijau segar melambai membangkitkan mood dan semangat untuk kami gigih berlatih. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

   Akhirnya hari pementasan tiba, segala persiapan sudah lengkap, latihan yang mencukupi. Kami semua berdiri megah di atas pentas saat pementasan bermula. Kaget, segan dan malu mula mengganggu konsentrasi ana. Ah, semuanya ditepis demi menjaga mutu drama ini. Bimbang ana lah menjadi punca drama ini hambar. "Konsentrasi, selamba sudah!" bisik ana menenangkan keadaan. 


Lokasi Pengambaran, sekadar hiasan

   Babak satu, Naimah (watak Syarbini) diganggu, dicemuh dan dimaki oleh Mujahid (watak pemuda anti-Islam) dan sekumpulan gadis Nasrani yang lincah dan aggresif (Hafizah, Hasmida dan Raihan) hanya kerana jilbabnya di sebuah taman di ibu kota Jerman. Babak dua, Afiq Hizamie (Suami kepada Syarbini) menenangkan isterinya setelah isterinya mengadu kepadanya apa yang terjadi. Suaminya membuat keputusan untuk memfailkan tuduhan dan mendakwa pemuda yang telah mengasari isterinya di mahkamah... 

Babak tiga"proceeding at the court" suara Afiqah sebagai narrator. "Alamak part aku dah ke nie?" Agak tidak keruan juga mulanya, tapi dengan cool saja ana melangkah masuk ke pentas, lengkap berkot kelabu milik FSCC diiringi oleh Afif (sebagai polis mahkamah)...
"All rise" laung polis dengan megahnya tanda hormat untuk hakim (watak ana), semua hadirin bangun. 

Tuduhan yang difailkan oleh Naimah selaku plaintiff dibaca, namun dibangkang dengan keras oleh Sarah (peguam mewakili defendan, Mujahid watak anti-Islam). Seterusnya, peguam yang mewakili Naimah, Faiz (peguam plaintiff) membidas hujah Sarah. Penonton di bawah panas dan bengang mendengar hujah tersebut. "Objection is accepted" tegas ana selaku hakim, tanda menyetujui hujah Faiz. Seterusnya, giliran Naimah (watak Syarbini) pula membentang hujah mempertahankan diri. Semua penonton diam, sidang mahkamah menjadi tegang. Muzik sayu dipasang oleh Hayati (special task). 

Semuanya tertumpu kepada watak Syarbini. Dengan nada sedih dan juga tegas, Naimah bersuara mempertahankan maruah diri dan agama.



" Bismillahirahmanirahim...
in the name of Allah, the most gracious, the most merciful...last week that man snatched my hijab.. im never disturb him, but y me?? knapa ak dituduh mlakukan kganasan.. al islm di nussalam..hua la yahtarumi yahtarimuni diini... ya hakim, wallhi, aqwali sahihsah biannahu jazzabu khimari...dialah yang bersalah, hua zhalim, zhalim jiddan..


 Penonton semuanya kaku diam mendengar ucapan Naimah (Syarbini), mungkin akibat feel dan mood yang berjaya dihasilkan. Akibat panas dengan kata-kata Naimah, Mujahid (watak anti-Islam) menerkam ke arah Naimah dan menikamnya. Merah darah sirap buatan bersimbah ke atas lantai marmar putih pentas. Suaminya, Afiq cuba menyelamatkan isterinya namun telah ditikam oleh Mujahid, rebahlah Afiq di sisi mayat isterinya yang syahid. Akibat suasana yang tegang, polis telah menembak Mujahid dan akhirnya dia juga mati... Maryam Rufaidah masuk bersama sajaknya yang menyentuh jiwa mengundang hiba...

Lampu pentas dinyalakan, aktor dan aktres berbaris dan menunduk hormat seterusnya menutup pementasan drama. 

   Barisan pelakon kumpulan ana...

    Menyaksikan persembahan daripada kumpulan-kumpulan lain. Persaingan memang sangat sengit. Masing-masing mempersembahkan yang terbaik, ada yang lucu, sedih dan macam-macam lagi sepanjang pertandingan tersebut. Ana tak berkesempatan untuk melihat kesemuanya, daripada apa yang ana dengar mereka semua memang bukan calang-calang kumpulan, hebat-hebat belaka.

   Saat yang dinanti-nantikan, juga mendebarkan. Pengumuman keputusan CFS Got Talent 2011. Second runner up goes to (tempat ketiga)... Bukan kumpulan kami. Next, first runner up goes to...  Alhamdulillah, rezeki kami sekadar tempat yang kedua. 

   Bagi ana sendiri, secara peribadi, kemenangan bukanlah matlamat ana menyertai pertandingan ini dan ana percaya itulah juga yang dipegang oleh sahabat ana yang lain. Kepuasan dalam menyampaikan mesej dakwah kepada umum itu adalah terlebih utama. Lebih-lebih lagi kepada kaum muslimat agar lebih menghargai secebis kain yang menutupi tubuh yang bernama tudung... 

   Jika ada yang bermatian mempertahankan aurat, mengapa masih ada lagi diantara kita 'berani mati' mendedahkan aurat? Fikirkanlah. 
   
   Juga kepada kaum muslimin agar menjadi lebih prihatin kepada apa yang berlaku di sekitar dan tegas mempertahankan agama.

Larut Malam

   Malam semakin melarut, mata juga semakin lesu, kepala pula tersengguk-sengguk. Sampai di sini saja coretan ana di malam yang indah ini. Ana memohon maaf sepanjang ana menulis ada perkara yang mengguris hati, segala yang kurang itu adalah kelemahan daripada diri ana, segala kelebihan itu adalah kelebihan daripada Dia (Allah). Insya Allah...
Semoga ada manfaat...


>>> Terima kasih yang tak terhingga ana ucapkan kepada semua sahabat selaku barisan pelakon dan yang gigih membantu di belakang tabir, walaupun kita tidak pernah pun kenal sebelum ini, kepercayaan antum semua kepada ana untuk memegang salah satu watak dalam drama ini amatlah ana hargai. Terima kasih kerana memberikan peluang dan pengalaman kepada ana. 
Makan Malam Seafood sempena meraikan kemenangan tempoh hari memang terbaik... Walaupun tidak tersenarai untuk mempersembahkan persembahan di UIA Gombak, namun perkenalan antara kita dan pengalaman ini merupakan suatu kepuasan yang tak mungkin ana dapati di mana-mana. Jazakumullah khairan jazaa'

1 comment:

  1. alhamdulillah..wa sha'artu bima sha'arta aidhan.
    syukran litaktub ismi, walau kaana lil marrah.

    ;D

    ReplyDelete