Followers

Saturday, November 5, 2011

Hari Arafah dan Puisi Ana Khas Untuk Antum

Masjidil Haram, Makkatul Mukarramah yang dirindui. Semoga Allah menjadikan kita salah seorang daripada tetamuNya. Insya Allah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

    Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad salam dan sejahtera ke atas baginda, dan kepada seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat ridhwanullah 'ajamain.

      Hari ini dan detik ini adalah hari wukuf para hujjaj (orang yang buat haji) di padang 'Arafah. Hari yang sangat istimewa sehinggakan adalah sunat untuk berpuasa pada hari ini. 

Monday, October 17, 2011

:: Musafir di Jalan Allah ::

 
trekking-dans-le-sahara-id51
 Tempuhilah perjalanan bersama-sama, kita kuat bila kita bersama, kita kuat kerana Allah lah sumber kekuatan kita

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

       Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana limpah dan kurniaNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, kepada seluruh ahli keluarganya dan kepada para sahabat baginda ridhwanullahi ‘ajma’iin.

Muqaddimah bicara
       
Sekali lagi Allah memberi peluang dan ruang kepada ana untuk menulis di ruang ini, setelah kira-kira tiga bulan ana meninggalkan ruangan ini, sunyi tanpa kata, bisu tanpa bicara.

Tuesday, June 28, 2011

Ketika Ana Bercerita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Indah sungguh ciptaan Allah, segala tekanan akan hilang apabila kita merenung keindahan dan kehebatan ciptaan Allah... Ambillah sedikit masa untuk berzikir dan berfikir.

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah s.w.t, tuhan yang memiliki langit dan bumi, pentadbir seluruh alam ini, yang menguasai segala makhluk di langit dan di bumi. Bersyukur juga kerana limpah kurnia dan hidayahNya, hari ini kita masih lagi merasai nikmat yang terbesar dan terpenting, iaitu; nikmat Iman dan Islam. 

     Pertama sekali, ana ucapkan jutaan terima kasih, jazakumullah khairan kathira kepada para pembaca dan followers kerana sudi menatap dan bertandang ke blog usang dan serba kekurangan ini, semoga antum mendapat manfaat daripada blog yang biasa-biasa ini.

Monday, May 16, 2011

Berteduh Sebentar Di Bawah Pohon Itu


Duduk berehat sebentar, berteduh daripada sinar terik mentari...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

    Alhamdulillah, syukur kepada Allah, tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Jauhnya berjalan...

     "Hhuuuuhhh..." Ana menghela nafas panjang. Penat berjalan masih belum lagi hilang. Singgah sebentar di sebuah pohon yang rendang mencari teduhan daripada sinar terik mentari. Berehat sebentar mengumpul tenaga untuk meneruskan perjalanan yang masih lagi jauh. Penatnya berjalan jauh berbatu-berbatu demi untuk tiba ke destinasi, lelahnya menjadi seorang musafir berkelana di muka bumi Allah mengharungi pelbagai rintangan dan masalah.

Wednesday, April 6, 2011

Bicara Hati Ini


Jalan perjuangan tidak sesingkat yang disangka, tidak semudah kata... Bersabarlah Sahabat sekalian. Allah lah sumber kekuatan kita, mengadulah padaNya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kita rasa susah,
Walhal ramai lagi yang lebih susah daripada kita.

Kita rasa kita penat,
Padahal Pejuang Islam di luar sana lebih penat daripada kita.

Monday, April 4, 2011

Dugaan Dalam Keselesaan


Sujudlah kepada Tuhanmu tanda syukur... "Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur jauhkanlah kami daripada menjadi orang yang kufur..."


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

       Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Allah Pencipta sekalian makhluk, Maha Agung yang tiada suatu apapun yang sebanding denganNya. Dialah Maha hebat, Tuhan menguasai, mentadbir seluruh alam tanpa memerlukan bantuan sesiapa pun. Itulah Allah, tuhan ana dan antum...