Followers

Thursday, April 29, 2010

Kembara Ku ke Bumi Bertuah


Saat-saat kami meninggalkan Bumi Bertuah Smka Tahap,
mendung seolah-olah menggambarkan rasa hati kami...

Alhamdulillah... setelah sekian lama tak meng'update' blognye.....
inilah cerita ana setelah hampir 2 minggu tak membuka blog...

Kelmarin, ana berkesempatan melawat Tahap... Sekolahku yang tercinta. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sempat singgah sebentar di Tahap. Walaupun bukanlah lawatan atas title pelajar cemerlang, Alhamdulillah ana tetap bersyukur...

Wednesday, April 14, 2010

Munajah Hamba...


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerna masih lagi mengurniakan dua nikmat yang paling besar dalam hidup ini, iaitu nikmat iman dan nikmat Islam...

Inilah munajahku.....

Kala nafsu menguasai diri,
Aqal dan jiwa ditolak ke tepi,
Seolah-olah Akhirat tiada lagi,
Tinggal hanya Dunia penuh fantasi.....

Tuesday, April 13, 2010

Menggali Mutiara Pilihan



Bismillahirrahmanirrahiim.....

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam ruangan mencari jodoh. erk. sory2. silap
hai tersasul plak. Maklumlah tengok tajuk sajalah. Agak pelik bunyik nye....
Insya Allah kali ini, ana hendak antum2 dan antunna2 sekalian bersama ana dalam menggali kembali mutiara2 yang mungkin sudah terkambus dalam benak kita dek kerana lupa dan alpa....

Monday, April 12, 2010

Perjalanan Hidup Kami Baru Bermula


Surau An Nuur SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang pada 2009, bagaimanalah rupanya sekarang...

Sahabat-sahabat sekalian,
Alhamdulillah Allah masih lagi memberi kesempatan kali ini utk ana teruskan mengupdate
blog ana....
Masih terngiang-ngiang di telinga ana kuliah-kuliah maghrib di tahap, tapi diantara banyak2 kuliah yang ana ikuti yang satu ini memang terkesan pada jiwa ana. Kuliah ini memang touchin' laa... macam biasa ustaz inilah yang menemani malam2 kami yang kosong di tahap masa dalam spm, termasuk lah ustaz2 lain..... kuliah yang bertarikh 16 Disember 2009... kalau rajin boleh pergi ambil buku kuliah masing2 dan check... ha3... kalau tak silap ana inilah kuliah terakhir di bumi bertuah SMKA TAHAP....

Sunday, April 11, 2010

Formula Merawat Ummah


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Ana ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu sepanjang mengikuti program anjuran sebuah badan NGO di Seremban tempoh hari mengenai fomulasi yang dirumus khas untuk mengubati penyakit ummah...
Formula ini mungkin sudah diketahui umum, dan mungkin juga belum pernah didengari. Ana tidak kata hanya formula ini sahaja yang mampu merawat penyakit ummah, sebaliknya masih banyak lagi penawarnya, namun ini adalah salah satu daripadanya. Menurut salah seorang ahli panel dalam seminar tersebut, Umat Islam di negara ini umpama tubuh seorang manusia, dimana seluruh anggotanya menghidapi penyakit dan bermasalah. Daripada bahagian kepala turun ke tangan, lalu turun ke hati, seterusnya turun ke perut dan akhirnya turun ke kaki semuanya berpenyakit dan bermasalah tambahan pula penawar yang hendak diberikan mestilah sesuai berdasarkan sesebuah anggota tubuh tersebut. Itulah gambaran yang telah diberi oleh ahli panel tersebut. Mungkin ada benarnya dan ada sebabnya ahli panel tersebut berkata begitu. Begini keterangannya:
  • Kepala - mentaliti ummah atau pemikiran atau mungkin juga pemimpin
  • Tangan - amalan ummah, ibadah ummah atau mungkin juga rakyat
  • Hati - soal aqidah ummah, keyakinan atau sekadar ikutan lebih parah tak mengaku Islam
  • Perut - berkenaan rezki halal atau haram, atau ekonomi umat Islam
  • Kaki - berkenaan masa depan umat Islam, gagahkah umat ini utk melangkah ke hari esok
Nampak, betapa bermasalahnya kita... namun apa yang kita mahu sama-sama fokuskan disini bukanlah kepada masalah, kerana masalah sering timbul dan akan sentiasa menimbun, namun solusinya itulah yang kita ikhtiarkan.
Antara punca permasalahan kita ialah mengutamakan kepentingan diri sendiri... mengutamakan diri, bukan Allah, tidak jua Rasul apatah lagi agama sendiri. Akhirnya berlaku perpecahan dalam kalangan ummah dan daripada situ kita akan dapati lebih banyak yang kita terlepas daripada apa yang kita dapat. Musuh-musuh hanya mampu tertawa melihat kelemahan kita yang sedia ada dan akan menggunakan kesempatan yang ada untuk menjatuhkan ummah ini. Jadi formulanya, utamakan Allah terlebih dahulu dan yang lain-lain pasti akan mengikut, bermakna dunia kita dapat dan akhirat pun kita dapat, bukan setakat habuan dunia malahan dapat juga habuan akhirat... analoginya begini, kalau menanam rumput sudah pasti padi tidak akan tumbuh, manakala kalau menanam padi tetap jua rumput akan tumbuh... jadi dua dalam satu.

Untuk bersama-sama kearah itu, perkara yang perlu dilakukan oleh setiap individu adalah Mujahadah iaitu berjuang untuk mencapai sesuatu... kerana Allah tidak akan mengurniakan perubahan atau keuntungan untuk manusia selagi manusia itu tidak berusaha.... berusaha bersama dalam menentukan dan menjalankan keutamaan yang sebenar dalam kehidupan. Kerana hidup manusia itu penuh dengan keutamaan dan kewajipan yang perlu dilakukan sehingga pepatah arab ada berbunyi:
al waajibaat aktharu minal auqaat... kewajipan lebih banyak daripada masa...
Sekiranya kita mampu bebas daripada kepentingan diri kita dan keutamaan kita hanya tertumpu kepada Allah dalam setiap pekerjaan atau amalan, bermakna akhirnya kita telah menumpaskan musuh kita yang terbesar dan yang terkejam iaitu NAFSU..... musuh di dalam selimut... umpama gunting dalam lipatan...

apabila nafsu dijadikan teman,
segala perintah dan larangan dia lawan....
apabila iman dan taqwa sudah bertahta,
segala perintah dan larangan mudah dilaksana...

wallahu'alam....

Muktamar Natrah.... Cinta-Air Mata-Rusuhan...dan kisah Melayu Islam




Natrah.... Genap 60 tahun....
Suatu nama, suatu kisah... mungkin ramai diantara anda yang baru pertama kali mendengar nama ini, dan tak kurang juga ramai yang dah terbiasa dengan nama ini....
Namun nama sekadar nama, tiada apapun yang terlalu istimewa pada nama ini, namun kisah atau peristiwa yang terjadi disebalik nama inilah yang menjadi suatu yang sangat istimewa...
Peristiwa perjuangan Umat Islam Melayu dalam mempertahankan iman, maruah, dan cinta seorang insan bernama Natrah, seorang gadis Belanda....


Semalam sempat saya menghadiri majlis muktamar 60 tahun pasca tragedi Natrah. Muktamar ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban... Ana pun sendiri tidak mengenali sangat Natrah sebelum ni... bila mendengar ucapan daripada penulis buku Natrah sendiri, Datin Fatini Yaacob baru ana tau siapakah sebenarnya Natrah dan apa kisah disebalik namanya... Kisah Natrah juga merupakan satu kisah sejarah yang ketika berlakunya dulu telah berjaya menggabungkan Umat Islam dalam satu barisan di mana setiap kelompok sanggup membuka pakaian parti dan kumpulan mereka, demi mempertahankan kedaulatan agama...
tidak kira haluan kanan atau kiri mahupun tengah semuanya berganding bahu dalam menyelamatkan aqidah seorang gadis Belanda ini daripada pihak penjajah... Apa yang mahu dihighlightkan disini ialah kekuatan Bangsa Melayu dan Umat Islam pada suatu masa dahulu sehingga mencetuskan rasa gerun kepada pihak penjajah ...

Menariknya, dalam seminar atau muktamar tersebut, ana didedahkan mengenai kehebatan bangsa Melayu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka... Kehebatan tersebut tidak sama sekali boleh dicapai jika sekiranya Islam diketepikan... Bermakna kegemilangan Melaka suatu masa dahulu berkait rapat dengan perkembangan Islam di rantau tersebut...

Berikut adalah kata-kata Umar al Khattab r.a ketika pembukaan Masjid al Aqsa:
"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina,
Allah s.w.t telah memuliakan kita dengan agama Islam,
Andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang Allah muliakan kita dengannya,
maka kita akan dihina oleh Allah."

Begitulah kata-kata daripada salah seorang daripada Khalifah Khulafa' ar Rasyidin...
Jadinya Islam dan Melayu itu sememangnya tidak dapat dipisahkan, kerana mulianya bangsa Melayu ini setelah datangnya agama suci ini.... Dulu, pedagang daripada kerajaan lain terpaksa bertutur dalam Bahasa Melayu, orang Eropah terpaksa membaca surat daripada kerajaan Melayu Melaka di dalam bahasa Melayu bertulis jawi, bukan rumi... begitulah hebatnya orang Melayu dahulu.... alamak terlajak ke sini plak... daripada kisah Natrah terlajak ke kisah Melayu Islam.... kalau ada kesempatan, insya Allah ana akan kupaskan tajuk Melayu Islam pada masa yang lain.... Wallahu'alam....

Post ku y pertama

Alhamdulillah....
Akhirnya, jari-jemari ini merajinkan sendi-sendinya untuk menaip huruf-huruf di papan kekunci ini.... ceh, ayat x mudah.... ye la, sebenarnya hasrat nak buat blog ni dah lama dah... tp disebabkan rasa malas yang amat sangat, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan...

Disebabkan sekarang ni, masa terlampau lapang... jadinye menulis kat blog mgkin bole isi masa pade duduk melongo je, walaupun ngaja utk part time, tp rasanya masa tu masih lapang Alhamdulillah.....