Followers

Wednesday, February 23, 2011

Ayuh, Bangunlah dari Lena Ini...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

  
Kecil-kecil lagi sudah diasuh dan dididik dengan perjuangan... Alangkah indahnya jika aku bermula seawal mereka... Namun masih belum terlambat...

   Hidup ini adalah sebuah perjuangan,
Segala-galanya dalam hidup ini menuntut kepada perjuangan... 
(sila klik link dibawah yang berwarna hijau untuk terus membaca)
Dalam perjuangan ada pula pengorbanan,
korbankan masa, harta malahan jiwa dan raga...

Tiada yang mudah dalam perjuangan,
melainkan adanya kesusahan, dugaan dan cubaan.
Ada saja dugaan, baik mental mahupun fizikal dan emosi,
Tapi dengan izinNya segala yang susah akan jadi senang,
Itupun jika kita benar-benar mahu berjuang dengan IKHLAS

Tidak dibentangkan permaidani merah dalam jalan ini,
bahkan jalannya penuh dengan onak dan duri...
Ada saja dugaan yang menanti,
samada dugaan dalam jawatan, harta dan nafsu syahwat.

Bukan nak cerita perjuangan itu terlampau susah dan payah,
tapi itulah realitinya,
Nak cerita agar sama-sama kita siap bersedia,
Bersama menempuh dan melalui jalan perjuangan ini...

Tapi..

Jangan pelik pula kalau ada yang berkata perjuangan itu mudah,
"Aik, betul ke mudah, selalu dengar macam susah sangat je, macam mane boleh jadik senang pulak?"

Begini, perjuangan akan jadi mudah bagi mereka yang
ada KEFAHAMAN, KEINGINAN dan juga KESUNGGUHAN...
Sebab mereka faham ganjaran kepada perjuangan adalah Syurga Abadi,
Sebab mereka ingin terlibat sama, infak diri dalam perjuangan
Sebab mereka bersungguh dalam mengejar matlamat perjuangan...
Sebab itulah mereka berjuang...

Kita bagaimana???
sama-samalah kita renungkan...

Kejayaan dalam perjuangan adalah syurga yang abadi, 
kekal buat selamanya...

Naqib ana pernah berkata... "Segala-galanya bermula dengan perjuangan"
Nah, hakikatnya memang betul segalanya perlukan perjuangan...
Hatta nak menyuapkan nasi ke mulut pun perlukan perjuangan (usaha)

Jadi, mengapakah masih ramai lagi yang segan dan malu untuk bangkit berjuang...
Ayuh sama-sama kita teruskan bagi yang sudah memulakannya,
Ayuh turut serta bagi meraka yang masih belum menyertai...

Perjuangan apa ya???
YA, berjuang menegakkan Kalimah Allah di muka bumi ini,
Martabatkan kembali martabat Islam yang merosot,
Ajak kepada kebaikan, Cegah yang munkar (jahat),
Jatuhkan kezaliman,  Naikkan keadilan...

Mendaulatkan Islam tanggungjawab bersama...

"Hmm, macam payah je..."
Payah ke Malas?
Payah ke tak nak?
Payah ke tak sanggup?

Begini sajalah,
Ingatlah firman Allah ini tatkala keraguan melanda...


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah 
maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. 
(Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; 
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? 
Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, 
dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

English translation

Indeed, Allah has purchased from the believers their lives and their properties [in exchange] for that they will have Paradise. 
They fight in the cause of Allah , so they kill and are killed. 
[It is] a true promise [binding] upon Him in the Torah and the Gospel and the Qur'an. And who is truer to his covenant than Allah ? 
So rejoice in your transaction which you have contracted. 
And it is that which is the great attainment.

Jadi bagaimana,
Allah menjanjikan kemenangan yang hakiki buat mereka yang berjuang,
Nak menang? 
kene laa berjuang...

Jika masih lagi kurang faham,
Usahalah sehingga faham,
Bukan ana yang beri faham,
Bahkan Allah lah yang memberi faham...

Faham, Ingin dan bersungguhlah.



Ramai sudah pemenang-pemenang dalam perjuangan ini,
Rasulullah sendiri, para sahabat, tabi' dan tabi'iin, para salafussoleh,
para mujadid, para mujahid, para syaahidiin, orang-orang yang soleh dan ramai lagi...

Ingat, perjuangan ini bukanlah baru, 
bahkan telah dirasmikan oleh Rasulullah sejak dulu lagi,
bukan kita yang mulakannya,
bahkan kitalah penyambungnya.
kerana perjuangan ini masih belum berakhir...

Ayuh pemuda pemudi permata Islam sekalian,
bangunlah dari lena ini...
Islam tidak perlukan kita,
Bahkan kitalah yang sangat-sangat memerlukan Islam,
Tanpa Islam hinalah seluruh kehidupan kita...


Terokailah keindahan Islam,
segala yang indah itu adalah Islam...

Sekian Saja untuk kali ini,
semoga Allah permudahkan jalan perjuangan untuk kita
dan terlebih utama, 
moga Allah campakkan kefahaman, keinginan dan kesungguhan kepada kita
agar menyusuri jalan ini dengan penuh ikhlas dan istiqomah...
insya Allah.




No comments:

Post a Comment