Followers

Wednesday, April 6, 2011

Bicara Hati Ini


Jalan perjuangan tidak sesingkat yang disangka, tidak semudah kata... Bersabarlah Sahabat sekalian. Allah lah sumber kekuatan kita, mengadulah padaNya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kita rasa susah,
Walhal ramai lagi yang lebih susah daripada kita.

Kita rasa kita penat,
Padahal Pejuang Islam di luar sana lebih penat daripada kita.

Kita rasa kita tertekan dengan kerja ini,
 Sementara Mujahidiin dan Mujahidaat Islam di luar sana pula ditekan oleh pihak musuh. 

Kita mengeluh,
Kita merungut. 

Andai kata ada jalan pintas untuk menang,
 sudah pasti kita bertekad takkan melalui jalan ini...

Jalan ini panjang dan susah,
jauh jaraknya dan berliku-liku pula.
Menuntut kesabaran,
Menguji ketahanan ruhani dan jasad.

Pedih, sakit, perit terhampar di sepanjang jalan ini...
menanti ketibaan pejuang-pejuang Islam yang sejati.


Sahabat yang ana kasihi sekalian,

       Syukur kepada Allah s.w.t kerana limpah kurniaNya kita menikmati nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Muhammad s.a.w dan kepada seluruh ahli keluarganya dan para sahabat keseluruhannya.

         Oleh kerana kesabaran dan kesungguhan Nabi-Nabi yang terdahulu, para sahabat, para tabi' tabi'iin dan seluruh pencinta Islam, nikmat iman dan Islam mendakap batang tubuh ini. Alhamdulillah. Bukan mudah-mudah ianya sampai kepada kita, bahkan dalam membawa Islam ke serata alam, para pendakwahnya, para penegaknya, para pembawanya diuji, ditekan, dipenjara, dikecam sehinggakan dibunuh.


"Menghitung diri, 
tanpa sadar airmata,
 menjadi saksi banyak waktu sia-sia,
tanpa sadari dalam cermin wajah ini, 
bertambah umurku dalam hidup yang semakin merapuh..." 
Opick - Allah Maha Cahaya

Muhasabah...

Wahai pencinta Islam sekalian,

            Bukanlah dan janganlah kita mahu mendabik dada, meninggi diri, bahkan kita bukanlah orang yang pantas dan layak untuk membicarakan soal tribulasi dan mehnah dalam jalan perjuangan ini. Kita ini tidak sama dengan mereka yang sudah bermandi darah, meredah belantara perjuangan. Kita ini mungkin saja hanya budak kecil yang baru saja belajar bertatih-tatih mengenal dunia perjuangan ini.       

            Apa yang ana dan antum rasai sekarang ini adalah mungkin sebahagian kecil daripada jutaan bahagian keperitan dan kepayahan meraka dalam perjuangan ini. Kepayahan dan kesukaran kita tidak sama dan tidak setaraf dengan mereka. Oleh kerana itu, sekiranya saat kita berasa lemah dan susah, hitunglah diri kita ini dan bandingkanlah dengan mereka yang telah meredah belantara perjuangan ini, adakah cabaran dan dugaan yang kita alami  sekarang sehebat dan sama dengan apa yang telah mereka lalui?

               Lihat kembali apakah matlamat dan tujuan kita untuk perjuangan ini. Adakah untuk pengaruh? Atau adakah demi pangkat di dunia? Atau adakah sekadar memenuhi kekosongan yang ada? Ataupun sekadar suka-suka??? Sama-sama kita lihat kembali pada diri kita dan sama-sama kita koreksi.

Sahabat yang ana cintai sekalian,

Sahabat, kerana Allah kita berukhwah, kerana Allah kita bertemu dan berpisah, kepada Allah tujuan kita!

               Jazakumullah khairan jaza' atas sokongan, dorongan, tunjuk ajar dan doa kalian. Ana mohon maaf atas kekhilafan dan kekurangan diri ini, ana mohon diri ini dibimbing andai ana tersalah. Semoga dengan kebersamaan kita di jalan ini mengundang berkat dan redha Illahi. Semoga Allah menetapkan kaki kita di medan ini sehingga ke hujung nafas dan hingga ke akhir hayat kita semua insya Allah.

Ayuh sahabat sekalian,  
kita perkasa diri dengan mujahadah,
bersedia untuk ditarbiyyah...

4 comments:

  1. Masha Allah, Nasri.
    Anta buat saye insaf..kebetulan sedang berhadapan dengan knflik sekarang ini.
    Syukran akhi.

    ReplyDelete
  2. Ada sorang akak pernah tanye, 'kenapa nak ikut jalan dakwah?sedangkan benda tu ssh. semua orang x sanggup. tp kenapa ada yg sanggup?bukan sebab nk lepaskan diri dari Allah bila ditanya kelak. tapi semua tu dilakukan kerana cinta dan sayangkan Allah'
    sama-sama lah kite koreksi diri.

    ReplyDelete
  3. apa yg kita lalui sekarag ni amatlah kecil jika dibandingkan dgn org2 sebelum kita, hanya iman dan pertimbangan yg sihat yg mampu membimbing kita, sabarlah dlm apa jua situasi, jgn sesekali kita bertindak atau mmbuat kputusan terburu2 krn itu amatlah di benci. tahniah krn tulisan ini amat bermakna utk sy..syukran, moga terus thabat ye

    ReplyDelete
  4. Lamanya x update.... bosan laa mcm nii

    ReplyDelete