Followers

Saturday, November 5, 2011

Hari Arafah dan Puisi Ana Khas Untuk Antum

Masjidil Haram, Makkatul Mukarramah yang dirindui. Semoga Allah menjadikan kita salah seorang daripada tetamuNya. Insya Allah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

    Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad salam dan sejahtera ke atas baginda, dan kepada seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat ridhwanullah 'ajamain.

      Hari ini dan detik ini adalah hari wukuf para hujjaj (orang yang buat haji) di padang 'Arafah. Hari yang sangat istimewa sehinggakan adalah sunat untuk berpuasa pada hari ini. 


Diriwayatkan daripada Qatadah r.a: 

"Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w ditanya tentang puasa pada hari arafah, 
maka Baginda menjawab, puasa itu (puasa sunat Arafah) mengkafarahkan (menghapuskan) dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang."

Riwayat Muslim

Ambillah peluang untuk berpuasa pada hari ini.

Bukan tangan ana ya, sekadar gambar hiasan

Laju tangan ini menaip

    Alhamdulillah, usai bersarapan dan beberapa rutin pagi, ana pun menuju ke meja study di dalam bilik. "Hmm, nak online kejap laa, saja nak tengok perkembangan pagi ini..." kata ana di dalam hati. 

     Membelek buku muka, daripada profile ana berpindah melihat home sahabat-sahabat. Setelah itu, membelek pula group-group yang ada. Berbelas-belas juga dan selama ini ada yang ana tak pernah buka pun, hari ini saja rasa tiba-tiba nak buka.

    Apa yang ana boleh katakan, masing-masing promosi pasal hari Arafah. Satu perkara yang sangat positif dan sangat baik dari aspek dakwah Islami.

      Setelah itu, ada sahabat ana ajak mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus secara langsung di atas talian (online) daripada PUTIK, Kelantan dalam program Menghayati Hari Arafah. Alhamdulillah, ana diberikan kesempatan untuk mendengarnya, walaupun pada 20 minit yang terakhir. Sangat menarik dan banyak input-input baru yang ana perolehi. 




Haji Mabrur? Ke Haji Marlboro? Ajinomoto? Hayya...

      Antaranya, pergi haji mesti dengan harta yang halal, bukan dengan harta rakyat, bukan dengan duit rasuah, bukan dengan harta orang lain tetapi wajib dengan harta yang halal, harta usaha kita sendiri. Jika pergi haji dengan harta yang haram, maka haji itu tertolak, tidak memberi kesan. Bukan haji mabrur, tapi haji malrboro.


Wukuf di Arafah, subhanallah indahnya...

      Haji mabrur itu boleh dinilai selepas seseorang itu pulang ke tanah air. Tanda-tandanya ialah, antaranya, berubah amalan-amalan dia. Daripada dulu seorang yang tak baik menjadi seorang lebih baik. Kalau dulunya tak yakin dengan hukum Allah, hukum hudud, maka selepas balik ke tanah air, dia berubah dan mahu melaksanakan hukum Allah.

      Kalau dulu rasa benci kepada orang yang suka pergi masjid, memperjuangkan Islam, maka balik dia ke tanah air jadi cinta pula pada masjid, pergi berjamaah di masjid dan memperjuangkan pula Islam. Maka itulah tanda-tanda haji dia mabrur (diterima oleh Allah).

     Kata ustaz Azhar Idrus, "Sape yang tak mboh haji mabrur? Orang jahil pun nok haji mabrur..."

       'Ala kulli haal, semoga Allah menerima haji mereka yang mengerjakan haji pada tahun ini. Moga-moga balik ke tanah air berubah menjadi lebih baik.


Terjumpa. Ini adalah Bangunan Majlis Agama Negeri Kelantan (MAIK). 
Menarik perhatian ana. Mendung saja bangunan ini... Ada maksudkah? Wallahu'alam

     Tahniah kepada kerajaan Negeri Kelantan kerana berjaya mengadakan program sebegitu rupa. Alhamdulillah, boleh juga ana dengan kuliah ustaz Azhar Idrus. Maklumlah MAIK (Majlis Agama Negeri Kelantan) sudah keluarkan arahan supaya tidak membenarkan ustaz Azhar Idrus untuk memberi kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan, mungkin kerana tiada tauliah. Namun inisiatif bijak Kerajaan Negeri Kelantan menukar venue program ke PUTIK adalah sangat wajar untuk dipuji dan satu langkah yang proaktif. 


Kerajaan Negeri Kelantan. 
Ini dinar emas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Pahang bila lagi ya? 

      Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa menyambut baik usaha-usaha untuk menyebar luaskan dakwah Islamiyah. Tahniah, semoga Allah terus memberkati dan melindungi Kerajaan Negeri Kelantan.

         Sempena Hari Arafah ini, ana telah menulis sebuah puisi untuk kita muhasabah bersama. Insya Allah, semoga ada manfaat. ^__^

>> Bismillah <<
          
Kelu untuk lidah ku berbicara,
Terasa Dunia ini sepi,
Kosong tanpa isi

Mata yang dulunya celik,
Kini menjadi buta.

Telinga yang dulunya peka,
Kini tuli tiada mampu mendengar suara

Dulunya dada ini lapang,
Bagai seluas bendang yang menghijau,
Kini terasa sempit dan menyesakkan,
Bagai kegelapan gua yang hitam kelam.

Allah,

Aduhai...

Aduhai diri yang malang,

Malangnya hidup di dalam buangan,
Hidup asing di alam keji,
Jauh daripada kasih dan sayang Dia.

Keji, hina sungguh diri ini,
Ampunkanlah ya Allah diri ini,
Aku yang tersalah memilih jalan ini.

Maka kembalikanlah daku kepada rahmatMu,
Kembalikanlah daku ke dalam daerah cintaMu,
Sungguh aku merindukan belai kasih daripadaMu.

Sembuhkanlah derita jiwa ini,
Kurniakanlah ketenangan dan kedamaian kepada ku,
Aku hambaMu yang lalai,
Aku malu kepadaMu,
Ampunkanlah daku.

Raja Nurnasri Raja Kamaruzaman

4 comments:

  1. InsyaAllah,Pahang akan turut mengikut jejak Kerajaan Negeri Kelantan andai kelak mereka punya YB seperti anda ^_^ Alhamdulillah,puisi yang sangat menyentuh hati.Teruskan menulis dan berpuisi. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Izin share dan copy akh??
    Boleh?

    ReplyDelete