Followers

Monday, March 14, 2011

Perubahan Total; Ana dan Keluarga Kedua...

Usrah ibarat keluarga kedua bagi ana... (sekadar gambar hiasan)


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rabbul Khaliq, Allah s.w.t kerana limpah kurnia dan hidayahNya kita masih lagi bernafas dan bernyawa dalam keadaan nikmat Islam dan Iman masih lagi mendakap batang tubuh ini... Alhamdulillah... (sila klik link hijau di bawah untuk terus membaca)...

    Cuti semester ke 2 telah bermula pada 26 Februari lalu secara rasminya, tapi ana cuti awal daripada tarikh tersebut kerana selesai final exam lebih awal. Subjek yang diambil sem ni pun tak ada lah banyak dan berat sangat, jadi exam tu tak ada lah tekanan sangat kalau nak dibandingkan dengan pelajar-pelajar perubatan dan sains. 


Dewan exam...


Final Sem Exam


   Alhamdulillah final exam selesai, tapi yang belum selesai-selesai lagi ialah debaran menunggu keputusan. Menurut sumber yang sohih tapi tak bersanad, keputusan exam semester 2 asasi UIA akan keluar 17 Mac ini. Huuh, tak lama dah tu. Doa ana untuk sahabat-sahabat seperjuangan semoga mendapat keputusan yang cemerlang bersama, insya Allah.


Persahabatan dan Persaudaraan...


      Dalam tempoh bercuti ini, banyak perkara baru yang ana pelajari dan lalui. Mengenal erti persahabatan dan persaudaraan di dalam Islam, hala tuju hidup kita sebagai umat Islam, komunikasi berkesan dengan orang sekeliling kita dan lain-lain lagi. Itulah kuasa dan kehendak Allah, dalam seminggu dua ini macam-macam pengalaman yang ana rasai dan perkara baru yang ana pelajari, indah sangat sehingga tak terungkap kata-kata.

     Di dunia kampus ini, ana diajar apa itu erti persahabatan dan persaudaraan dalam Islam (ukhwah Islamiyyah) di dalam usrah. Dulu, apa yang ana faham mengenai istilah 'sahabat' di zaman sekolah dulu adalah orang yang bersama kita ketika susah dan senang, tapi kali ini tambahan kata kepada sahabat iaitu istilah 'persaudaraan' dalam Islam itu bahkan lebih hebat dan dahsyat maknanya dan kesannya... dan di situlah sebenarnya terletaknya salah satu keindahan Islam yang jarang-jarang kita nampak dan takkan kita jumpa dalam agama ataupun ideologi lain.



Ukhwah kerna Allah itulah yang terindah... Bersatu hati kerna cinta pada Nya...


     Bahkan, Islam mengajar kita bahawa hidup ini saling perlu memerlukan, saling bantu membantu antara satu sama lain. Dalam Islam juga, tidak ada apa yang membezakan di antara penganutnya baik warna kulit, keturunan, pangkat dan darjat, semuanya dipandang sama rata dan mempunyai hak yang perlu ditunaikan.


Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawasanya Rasulullah sallahualaihiwasalam telah bersabda: "Hak muslim ke atas muslim (yang lain) enam perkara;

1) Apabila kamu bertemu dengannya, maka berilah ucapan salam kepadanya,


2) Apabila dia menjemput kamu, maka (berikan) jawapan (respond) atas jemputannya,

3) Jika dia meminta nasihat dari kamu, maka nasihatilah dia,

4) Jika dia bersin, jawab dan doakan (kesejahteraan) padanya,

5) Jika dia sedang sakit, maka ziarahilah dia

6) Jika dia meninggal dunia, maka iringilah (jenazahnya) ke perkuburan"



    Itulah indahnya bila hidup bersyariat, ikut apa yang Allah dan RasulNya telah gariskan pasti kita akan merasakan keindahannya. Seandainya kita semua mengikutinya betul-betul dan menghayatinya, tentunya aman dunia ini dan perpecahan antara kita pasti dapat dielakkan. 


     Tali persaudaraan dalam Islam itu sendiri adalah merupakan sebahagian nikmat-nikmat Allah s.w.t kepada kaum muslimin. Sebagaimana Kaum Muhajirin (Muslimin Makkah) telah dipersaudarakan dengan Kaum Ansar (Muslimin Madinah) dan juga puak 'Aus dengan Khazraj (Kaum Ansar Madinah). Semua ini Allah telah nyatakan di dalam Al Quran, ana teringat firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran Al-Karim:


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Surah Al Maidah; ayat 103

Perubahan total
    
    Kalau dulu, berselisih bahu sebelah menyebelah pun tak nak bertegur sapa, bilik sebelah menyebelah pun tak pernah nak kenal, duduk sekampus pun tak pernah hirau, kawan susah pun tak pernah ambil tahu, orang sakit tak pernah peduli, tapi apabila memahami dan menghayati apa yang dibawa dan diajar oleh Islam, semuanya berubah, seolah-seolah putaran 360 darjah, perubahan total.

   Itulah kuasa Hidayah Allah s.w.t. Hidayah Allah inilah yang menuntun jiwa-jiwa yang mahukan kepada Islam kearah kesatuan hati dalam mengamal ajaran Islam dan menegakkannya di muka bumi Allah ini. Inilah yang telah berlaku kepada Kaum Muhajirin dan Ansar. 

     Kedua-duanya berasal dari berlainan tempat, tidak sedarah bukan sekeluarga, tidak sama latar belakangnya, dan banyak lagi perbezaannya, bahkan ada diantara mereka pernah bermusuh antara satu sama lain (Aus dan Khazraj, berlaku di Madinah). 

   Bersatu padu di atas Ayat-Ayat Allah sila rujuk, Ayat di atas...

   Namun bersatunya mereka umpama isi dan kuku, ibarat aur dan tebing saling bantu-membantu, susah senang suka dan duka bersama, perlu-memerlukan di bawah PANJI ISLAM, Islamlah yang menjadikan mereka bersatu hati. Inilah sebesar-besar nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka dan kita, sehinggakan Allah menyatakannya di dalam Al-Quran.

Usrah, keluarga kedua ana...

     Alhamdulillah, banyak yang ana pelajari dalam usrah yang ana ikuti. Ikatan persaudaraan antara ahli usrah kami bagaikan saudara kandung, cuma tidak seibu sebapa saja. Memang susah senang kami sentiasa bersama. Usrah itu sendiri bermaksud keluarga. Saat berjauhan daripada keluarga yang tercinta, usrahlah menjadi tempat bersandarnya kerinduan dan tempat berkongsi masalah. 

    Sejujurnya ana katakan, kalaulah tiada usrah yang ana ikuti, ana tak tahulah apa yang akan terjadi kepada ana di dunia kampus. Mungkin sekali hanyut dalam arus kuning dan gaya hidup yang tak sihat. 

     Sekalung penghargaan ana tujukan kepada naqib ana kerana sedaya upaya, bersusah payah mengajak ana untuk menyertai usrah. Mungkin pada awalnya ana agak liat untuk menghadiri usrah. Pada masa itu, dalam benak fikiran ana, usrah itu membosankan, buang masa, macam sekolah menengah pernah bisikan jahat syaitan berbisik "alah, skang kan kat Universiti, xyah usrah2 der, xpayah laa nk jadik cm budak2 skolah menengah dulu..." 

Usrah muslimat, sekadar gambar hiasan, 
(zaman sekolah dulu kot, pakai baju sekolah tu... hehe)

    "Astaghfirullah...", cepat-cepat ana istighfar, cepat-cepat ana tepis bisikan jahat itu...  Kata pepatah Arab, "jangalah kamu membenci sesuatu yang kamu tidak ketahui mengenainya", kalau kata orang Melayu pula "tak kenal maka tak cinta". 

       Memang betul sangatlah pepatah-pepatah tersebut. Kita selalu membenci apa yang kita tidak kenal, cuba dulu untuk kaji dan selidik, jangan terlalu cepat membuat keputusan... Lagi satu, bila dah kenal dan tahu ianya perkara yang baik, maka berputiklah bunga-bunga cinta untuk menghayati ajaran Islam dan seterusnya menyertai usrah... 

      Akhir kalam, ana berdoa kepada Allah s.w.t agar Dia memberkati segala usaha-usaha para nuqaba' dan terus mengikat tali persaudaraan ini sehingga ke akhir hayat dalam mentaati segala perintahNya dan RasulNya, insya Allah.

Duhai sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian,
Ana sentiasa berdoa kepada Allah,
Agar Dia memberkati persaudaraan kita.
Biarlah...
Dengan bacaan Al Fatihah kita memulakan perkenalan ini (ta'aruf),
Dengan iringan bacaan Al Fatihah jugalah kita berpisah nanti...
Insya Allah.

    
     

3 comments:

  1. baguslah ade perasaan sebegitu.. hebat.. kamu memang...

    memang usrah itu indah, kerana cara Islam tarbiyah itu indah.. namun tak dinafikan sesekali bila usrah di salah ertikan, dinodai dengan perkara yang buruk, mendatangkan impak negatif yang amat parah..kesuciannya tercemar..

    beruntunglah jiwa remaja yang masih muda yang dapat menerimanya.. tidak ramai yang sanggup mengikutinya, thabat lam perjuangan...

    tetapi apa salahnya, ubah gaya tarbiyah.. usrah yang santai namun beerti..pilih cara terbaik menarik jiwa anak muda sekarang..

    doakanku bersama

    ReplyDelete
  2. naimah>
    jazakillah sebab komen. Alhamdulillah, rasanya ramai je yang rasa cam ana rasa. Usrah mmg salah satu medan tarbiyyah utk pemuda2 cam kita.

    Alhamdulillah, stakat nie masih lg mengikuti usrah, dan insya Allah akan menerusknnye...

    Betul, inovasi dan kreativiti dlm berusrah sgt2 penting. Nak2 zaman skarang sgt mencabar, susah nk tarik org dtg ke usrah.

    Kalau ada cadangan dn kritikan membina utk mnjadikan usrah lebih baik, ana dgn berbesar mempersilakan...

    ReplyDelete
  3. ya, tak ramai yang sanggup mengikut usrah. Metod yang serupa membuatkan ahli jadi bosan. sekali-sekala bawak ahli usrah berjalan-jalan sambil rehlah. selitkan unsur pengisian di situ. jangan hanya buat halaqah and then dengar ceramah free kemudian bukak soalan. teknik yang tak bervariasi. umpamanya, main futsal sekali ataupon boling, barangkali?

    ReplyDelete