Followers

Sunday, October 24, 2010

Masa oh Masa...



Dengan menyelesaikan masalah-masalah matematik di atas, barulah anda dapat
mengetahui waktu sebenar sekarang.... 





Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


   Alhamdulillah, sekali lagi ana diberikan kesempatan untuk update blog ini, yelah bukan senang nak meluangkan masa meng'update blog. Nak kata sibuk study, tak juga, nak kata sibuk kerja, tak kerja lagi... jadi kemanakah masa itu pergi? Hai... nampaknya ana kena buat buku kira-kira 'masa', yela sedar tak sedar cuti sem pun nak berakhir dah. Cepat kan masa berlalu, rugilah orang yang lalai... (Ya Allah jadikanlah kami ini orang-orang selalu menjaga dan menepati waktu, jangan Kau jadikan kami ini orang yang lalai... amin).
   
   Ana juga nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang peka dan prihatin dengan blog ini, terima kasih kerana mengingatkan ana tentang kewujudan blog ini... hu8, kelakar (hairan tuan punye blog pun boleh lupe blog die... hmm...)... Oleh kerana terlalu lama tak buka blog ini, jadi ana terlupa nak update blog ini. Terharu ana apabila seorang sahabat ini menegur kenapa dah lama tak update, mula-mula ana agak terkejut sebab blog ini ana buat untuk santai-santai saja, tak sangka ada sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan blog ini,  maafkan ana jika buat sahabat-sahabat sekalian tertuggu-tunggu, insya Allah jika diberikan kesempatan ana akan teruskan menulis, kepekaan dan keprihatinan kalian amatlah ana hargai, jazakumullahu khairun jaza'. 

    Masa sangat pantas berlalu bagaikan cahaya yang terpancar. Tempoh masa 4 bulan tampak sedikit oleh sebab angka 4 (yang bulan tuh buat2 xnmpak) tapi kalau di'convert'kan bulan itu kepada hari, kepada jam, kepada minit dan kepada saat, barulah kita akan teperanjat atau terkejut, betapa ruginya kalau tidak diisi dengan perkara yang bermanfaat sepanjang di dalam tempoh itu. Mari kita sama-sama kita bermain dengan matematik sebentar; 4 bulan bersamaan 120 hari, manakala 120 hari bersamaan dengan 2880 jam dan 2280 jam itu pula bersamaan dengan 136,800 minit dan ditukar pula kepada saat yang bersamaan dengan 820,800 saat... banyak kan??? (kalau salah pengiraan betulkan ana, digalakkan juga antum pegi ambil kalkulator utk recheck, (sbb ana maen congak2 je hu8)... Sebanyak itulah 4 bulan yang telah berlalu; semester pertama ana di Bumi Nilai. Ana sengaja mengajak antum semua main kira-kira, matematik. Ada tiga sebab... pertama, kita selalu pandang remeh kepada perkara yang sepatutnya kita beratkan, iaitu masa... 4 bulan nampak sikit dan kecil, namun apabila ditukar kepada saat, baru laa jadi bulat biji mata masing-masing, ana pun tak terkecuali (asbab terkejut)... keduanya, supaya kita jadi lebih berkira-kira dengan masa, bila jadi seorang yang berkira pasal masa, kita akan jadi lebih menghargainya, sebagaimana kita berkira-kira dengan duit yang kita ada, begitu jugalah hendaknya kita berkira pada masa. Kalau bab duit kita ada akaun (**lejar), cuba pula wujudkan akaun (lejar) masa. Barulah boleh nampak pengaliran masa tersebut sebagaimana kita dapat lihat pengaliran duit dalam akaun (** y pasal lejar tuh kalo salah btulkan ana, sbb shbt2 y amik accounting slalu sebut pasal tuh... hu3...). Selama ini kita tak kisah sangat pasal masa, jadi bila dah jadi seorang yang berkira-kira dengan masa, insya Allah kita akan faham dan sedar betapa pentingnya masa. Kalau orang business mereka sangat mementingkan masa, tak boleh lewat walau sesaat, sebab time is money kata mereka..Jadi, mereka ini sangatlah berkira dengan masa, mungkin kita boleh ambil iktibar daripada mereka, renungkan... terakhirnya, ana saja nak ajak antum semua buat matematik, sebab ana rindu sangat dengan subjek itu, dah lama tak bermain dengan nombor... hu8...



  
 Masa itu dirasakan terlalu lama bagi mereka yang bermimpi, tapi setelah tersedarnya daripada mimpi dan terjaganya dari lena, sebenarnya tidurnya itu tidak sampai pun setengah hari... renungkan sebentar... (kisah Alice in Wonderland)


   Hmm... bagi mereka yang selalu berfantasi, masa dirasakan sangat panjang semasa di alam fantasi... antum semua pernah dengar cerita Alice in Wonderland tak kisahlah versi buku cerita ke, buku novel ke, animasi ke, filem ke... yang penting jalan ceritanya... ana yakin tentu ramai yang tahu, maafkan ana jika ada yang belum tahu, oleh itu ana buat story telling sikit. Alkisahnya Alice terjatuh di dalam sebuah lubang sebab mengejar arnab yang memakai jam, tiba di "wonderland", dia mengembara pula di "wonderland" bersama-sama rakan-rakan fantasinya termasuklah arnab tadi, setelah memakan masa hampir seminggu di "wonderland", dan akhirnya... tersedar dari tidur yang tak sampai pun setengah hari... moral of the story, janganlah banyak berfantasi dalam hidup ini (termasuk la menyertai akedemi fantasia, yang sentiasa penuh dengan fantasi dan syok sendiri, tak lupe juge dgn kontroversi... hu8)... oleh itu sentiasalah berpijak di bumi yang nyata, real life, real time kate orang putih... 

   Masa itu umpama pedang, sekiranya tidak memotongnya, maka ia akan memotong anda bak kata pepatah arab. Bagi mereka yang menjaga waktu dan menggunakannya semaksima mungkin, mereka akan berasa masa itu tidak panjang bahkan sekejap sahaja. Orang yang beriman menganalogikan 
Masa hidup ini adalah sesingkat tempoh masa yang berjarak diantara azan dan iqamat, lahirnya bayi disambut dengan azan, dan matinya manusia diiringi iqamat... 
itulah masa hidup yang diperuntukkan... alangkah singkatnya masa itu...    

   Sedar tak sedar juga tiga minggu lebih sudah masa berlalu. Esok merupakan hari terakhir ana bercuti di rumah untuk sem pertama ini. Esok juga merupakan hari pendaftaran bagi sem kedua ana di Bumi Nilai... semester kedua dah!!! cepat kan masa berlalu... Insya Allah untuk sem yang kedua ini, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi (tak de pun sblum nie rasenye) hiduplah di alam realiti... (bukan alam fantasi ya, jauh sekali akademi fantasi... hu8...)


   semoga berjumpa lagi di lain waktu... insya Allah...
Esok, nantikan ana di bumi Nilai...
maafkan ana atas segalanya.
semoga ada manfaat... insya Allah.
      
   

No comments:

Post a Comment