Followers

Sunday, November 7, 2010

Minggu Pertama di Bumi Nilai

jalan yang lurus (jambatan), berhenti sebentar sekadar untuk mengumpul bekalan (pemancing ikan), dan meneruskan perjalanan



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


   Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan kesempatan kepada kita semua untuk terus melakukan amal soleh di muka bumi ini. 2 minggu tanpa update. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu post terbaru ana kan (ceh, prasan kot, pdahal xde org bace pun...hu8). Bukan apa, banyak sangat dugaan apabila mahu update. Tambah-tambah pula ana belum melamar dan memiliki cik VAIO yang berada di kedai PC tuh. Susah jugak kan kalau tak ada siapa yang sudi menemani. (ter-merapu sekejap... jangan ambil hati ye...) 
   
Ohh, cik VAIO kau sungguh menawan.... (merepek sungguh)
   Alhamdulillah, banyak perkara yang best berlaku sepanjang 2 minggu ini, yang tak best pun ada jugak... tapi itulah hidup, ada yang best, ada juga yang tak best. Walaupun ada yang best dan ada juga yang tak best, hakikatnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Selalunya, bagi ana apabila perkara yang tak best itu telah berlalu, bila diingat-ingat dan dikenang-kenang kembali, biasanya ini yang akan terlintas di ruang legar fikiran ana... "oh, begitu... patutla jd cmtu", "hmm, untung jugak jd cmtu, kalo tak~ ...." dan "hmm, aku rase msti ade hikmah die nape jd cm tu"... Apa yang penting.... (bukan kerjasama ye, mcm wonderpets tuh) Apa yang penting ialah kita mestilah sentiasa redha dengan apa yang berlaku dan menimpa diri kita, kerana yakin bahawa Allah itu lebih tahu apa yang berlaku dan Dia lah sebaik perangcang. 

   "Menjalani ujian dengan sabar, redha dengan apa yang berlaku dan meneruskan hidup dengan penuh syukur kepada Allah " itulah rumus hidup mereka yang soleh. Mudah mengungkapnya, namun sukar untuk melaksanakannya... itu adalah kata-kata mereka yang mudah berputus asa. Insya Allah, ia sebenarnya mudah kerana Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuannya, betul tidak? Allah telah  membicarakan tentangnya di dalam Al-Quran, di penghujung surah al-baqarah... renungkan lah sahabat sekalian...


2:286

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(al-baqarah, ayat 256, mks 49)

Begitulah, sedikit muqaddimah daripada ana yang tak sempurna ini...
   2 minggu lalu merupakan hari pendaftaran ana di Bumi Nilai (sambungan daripada post yang lalu) 

24 oktober, ahad...
  • kembali ke bumi nilai... Bas yang membawa pelajar Pusat Asasi UIA Nilai daripada Kelantan terbabas di jalan Gua Musang-Merapoh... Kebetulan, seorang sahabat sebilik ana terlibat dalam kemalangan tu, keghayan jugak la jadinya (tak tentu arah, kata org Pahang) tapi, Allah itu Maha Kaya, Alhamdulillah semuanya selamat.
25 oktober, isnin
  • 8.00 pagi, pendaftaran subject... hampir migrain dibuatnye. Ramai pelajar berpusu-pusu ke pejabat untuk membuat pendaftaran. System clash, komputer dan manual system clash, lagi haru... Sistem pendaftaran lama ditukar kepada sistem ala main campus Gombak. Biasalah, serabut sikit. Dept yang 'dekat' jaraknya (mksudnye jauh laa) telah berjaya membakar lemak yang sedia ada. Tapi, positif nye pelajar2 dapat melatih skill hidup. Sekurang-kurang nye otak yang xbrape nk bergerak mase cuti dulu jd aktif kembali, hu8... Masuk dept English, ckp BI... Masuk dept IRKHS pun kene ckp BI... nasib baik xde masalah dengan dept Arabic, kalo tak terpaksa jugaklah kecek arab... Alhamdulillah, ana mgkin dah biasa dengan keadaan begini, insya Allah tak kekok sgt... sbb TAHAP pun slalu gak jd cm nie, terpaksa masuk pejabat, bincang dengan kerani sekolah dan macam2 lg berhadapan dengan kerenah birokrasi... jd, SMKA TAHAP mmg bnyk mengajar ana utk survive...
26 oktober, selasa
  • Masih ramai lagi yang sibuk melakukan pendaftaran... "kalo xleh online, buat offline (manual), sila cuba sampai dapat ya" jawapan dept... hu8. Sabar itu cahaya (as-sabr ad-dhiyaa'), sabda Rasulullah. 
  • Online??? ana jenguk bilik komputer, penuh. Alhamdulillah, mujurlah ade seorang sahabat yang sanggup meminjamkan laptop kpd ana utk daftar online... terima kasih kepada tuan laptop tersebut. selesai daftar, syukur.
  • Kelas pertama bermula. Maharat kalam level 4, pergh dapat ustaz arab... arabnya kali ini lebih laju drpd ustaz sebelum ini. Ternganga juga ana untuk seketika... org kate blum dpt zauk lg... skali dah smpai zauk, ttbe je jadik naik syeikh (kate org kedah) hu8... (perasan skali lagi...) Sbagai salah seorang pelajar SMKA di dalam kelas ini, skill Bahasa Arab ana sgt2 diuji... ya la, SMKA blaja xpakai kitab arab sbagaimana pelajar SMA/SMU?Maahad... kerdilnye rase diri ini. Positifnye, inilah peluang dan masanya utk bersaing dengan pelajar2 yang lebih hebat drpd kita... setuju? 
27-29 oktober, rabu-jumaat
  • kelas-kelas mula berjalan walaupun sedikit lewat drpd yang dijadualkan. tp ada juga pelajar yang masih lg belum mendaftar. kebanyakkannye mereka2 (yang xde kelas lg) ini menghabiskan masa dgn berehat...
  • jumaat > ana dapat panggilan drpd senior ana, tugasnye mencari sepuluh orang utk menjadi facilitator utk sebuah program di sekolah rendah Batang Benar, Mantin. Skali lagi skill program diuji, mujurlah di TAHAP dulu banyak program, sekurang-kurangnye tak de la kekok sgt.. Kalo di TAHAP dulu, stiap tahun pimpinan tingkatan 4 'mesti' merangka program utk pelajar tingakatan 1 yang baru masuk (program lanjutan drpd program ta'aruf). KEM ISLAH (3 hari 2 malam, luar daripada kawasan sekolah) name nye... dari A to Z pimpinan tingkatan 4 yang handle, dari kertas kerja sehinggalah kepada berjalannya program (dibantu juga oleh guru kaunseling)...        

Barisan facilitator kem Islah 2007, pimpinan ketua pelajar tingkatan 4 sesi 2008... kenangan terindah
   Sampai di sini sajalah coretan ana setakat ini, insya Allah di lain waktu sekiranya kudrat ini masih mengisi tubuh ini, insya Allah ana akan teruskan menulis. Mohon maaf atas kekurangannya. Ana yang tak sempurna...   

   Insya Allah kalau diberikan kesempatan, ana akan menceritakan pula mengenai program di sk Batang Benar dan mengenai Kem Islah di SMKA TAHAP... sehingga ketemu lagi... Wassalam.

2 comments:

  1. salam nasri, smka tahap penah jadi tuan umah ihtifal kbgsaan an? tym tu kite umo form 3..btol x?

    ReplyDelete
  2. w'salam... ha betul lah tuh... tuan rumah ihtifal smka kebangsaan 2007... kami lah tuan umah nye... tyme F3...

    ReplyDelete