Followers

Friday, October 22, 2010

Menyusun Jejak Untuk Terus Melangkah

Menyusun langkah, menuju redhaMu, pimpinlah kami ya Allah.....


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

   Alhamdulillah, kembali menulis semula setelah lama 'berehat' daripada menulis... Jujur ana katakan
'berehat' tue sebenarnya ada makna. Setelah hampir berbulan-bulan ana tinggalkan blog nie kesepian tanpa post yang terbaru disebabkan 'kesibukan' yang dibuat-buat (contoh tak baik, jgn ikut)... hu8... Teringat pesan senior ana kak Akalili (ex-tahap spm05)... "dik smoga tsabat (tetap istiqamah) menulis blog tuh"... Memang benar, jujur ana akui menulis blog bukanlah suatu perkara yang mudah, mungkin mudah kalau nak tulis perkara2 yang remeh-temeh macam yang ana selalu buat pada facebook (yang nie tak baik jugak jgn ikut, hu8)... Hakikatnya menulis sesuatu yang bermanfaat itu sukar dan tidak mudah lebih-lebih lagi jika ianya tentang Al-Quran kerna Al-Quran sifatnya itu berat. Maka benarlah firman Allah s.w.t, fimanNya dalam Al-Quran 

73:5

"sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat (Al-Quran)"
(Surah  Al Muzzammil: ayt 5: mks 574)
   
   Pada ana terlalu banyak perkara yang seseorang itu perlu fikirkan sebelum menulis... Mungkin berfikir tentang kesan penulisan, adakah berkesan, atau adakah ianya positif, macam mana pula kalau negatif???... Apa-apa pun, bagi ana juga, niat itu adalah yang paling utama, jika kita menulis kerana Allah, insya Allah selamat... 

   Itulah muqaddimah dari ana yang agak panjang meleret, maklumlah ini lah gayanye kalau dah lama tak menulis dan bercakap, kalau masa kat sekolah dulu-dule ada la juga orang fizik kata "input output" dlm usrah, tazkirah, perhimpunan pagi dan program2 anjuran ketua pelajar, tp di 'dunia' baru nie, ana akui input je banyak, output kurang. (macam fizik la pulak input output) hu3... 

   Kali terakhir ana menulis adalah kira-kira 4 bulan lepas, semasa menuggu keputusan UPU. Sejurus masuk belajar, terus ana tinggalkan blog ini terkontang-kanting keseorangan... hu3, kesian dia... kini genap 4 bulan ana berada di bumi UIA Nilai. Masih ramai sebenarnya  guru-guru dan sahabat-sahabat sekolah yang tak tahu ana berada di sini, buktinya setiap kali bertemu soalan yang sama juga diajukan "belajar kat mane sekarang"... "Alhamdulillah, Pusat Asasi UIAM, Nilai" ana menjawab, ringkas tepat dan padat... 

   Sekali lagi syukur kepada Allah, menyusun perjalanan ana dengan penuh terancang, semenjak dari alam tadika sehinggalah kini dan sehinggalah ke akhir hayat, dan ana yakin tentang itu, dan itulah keyakinan seluruh umat Islam, sebagaimana yang kita kenali sebagai Qada' dan Qadar, yang umat melayu nya sebut taqdir... kata orang melayu, langit tak selalunya cerah, awan tak selalu mendung, perjalanan hidup manusia ini tidak selalunya akan lurus, gembira, dan 'happy'. Pasti akan ada saat dimana seorang manusia itu diduga dengan kesedihan, kesempitan, kekurangan dan lain-lain lagi... itulah hidup, renungkan jika selalu gembira > manusia pasti akan lupa tuhanNya, jadi hadirnya kesedihan dan dugaan dalam hidup manusia itu untuk mengimbangi perasaan manusia itu sendiri, contoh, saat kita sakit, sedih, kecewa, pasti kita mencari Allah... Percayalah, walau macam mana sekalipun situasi kita disaat itu, manusia pasti akan mencari tuhannya... Manusia memang tidak mampu menafikan kewujudan Allah, kerna itu adalah fitrah manusia walaupun ada juga manusia yang 'bodoh sombong' mengaku bahawa tiada tuhan (Golongan Freethinker dan Atheist) alam terjadi dengan sendiri kata mereka, manusia berevolusi daripada seekor beruk??? dan berbagai-bagai lagi teori yang pelik-pelik daripada mereka, berfikir hanya berpandukan akal yang terbatas, akhirnya terbabas, sebab nak bebas, terbabas pun tidak kisah asalkan bebas... jauhkanlah kami dari mereka yang jahil tetapi mengaku pandai, berilah Hidayah kepada mereka, amiinn...


   Jadi, bagi ana itu adalah keindahan hidup ini, sebagaimana kebiasaan laut, pasti ada pasang surutnya, berombak beralun... indah kan begitu??? Yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajaran di sebalik itu, hanya sebagai manusia biasa, tempuhilah dan jalanilah hidup dengan penuh optimis (sangka baik) kerana hakikatnya Allah sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita. Ambil masa, duduk seorang diri berfikir, kadang-kadang apa yang berlaku itu banyak menyelamatkan kita daripada sesuatu yang lebih buruk, contohnya ana sendiri, pernah ana menerima keputusan exam yang tak sangka keputusannya teruk daripada jangkaan ana. Pertama sekali redha, sedih itu adalah perkara biasa bagi manusia yang normal yang mempunyai perasaan, tapi kawallah kesedihan itu dengan  ingat kepada Allah dan menerima bahawa mungkin inilah yang terbaik... Apa akan berlaku sekiranya keputusan exam cemerlang??? Bisa-bisa saja ana lupa kepada Allah, terlalu gembira jika sehingga di luar kawalan, mudah melupai Allah, jika terlalu sedih pun bisa saja lupa kepadaNya, jadinya, jadilah yang di tengah-tengah, wasatiyyah, sederhana... Allah akan bagi selepas itu dengan perkara yang lebih baik, sekiranya kita laluinya dangan sabar, bukankah sabar itu cantik?. Biarlah kala kita gembira, kita ingat pada Allah, kala sedih pun kita ingat Allah, janganlah pula bila sedih cari Allah, bila gembira Allah ditinggalkan, solat diabaikan, maksiat dirancakkan... na'udzubillah, mohon perlindungan daripadaMu ya Allah....

pesan Ulama' 

Bila melihat orang soleh, doakan mereka supaya istiqamah dan diterima amalan
Bila melihat orang fasiq atau ahli maksiat, doakan agar mereka memperoleh hidayah dan meniggalkan maksiat
Bila melihat orang kafir, doakan supaya mereka menerima cahaya hidayah dan memeluk Islam

Bumi SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, kini menjadi coretan kenangan terindah dalam hidupku, ustaz-ustazah, guru-guru tetap ku kenang dalam sanubariku dan doaku... Terima Kasih semuanya atas jasa dan doa kalian... kini, ku terus melangkah... Menyusun langkah ke Bumi UIA Nilai, insya Allah bumi barakah...

   Hampir 4 bulan di sini (saat update blog ini, penulis sedang bercuti sem 1) Bumi Nilai, banyak suka duka di sini, pengalaman baru di dunia baru... Alhamdulillah, walaupun sedikit dugaan masa upu hari tue, ana redha dan ana percaya suatu yang lebih baik akan muncul sekiranya ana bersabar... Alhamdulillah, dugaan itu untuk sementara dalam hidup yang sementara... Insya Allah, ada kesempatan lagi, ana akan menyambung kembali menulis... Akhir kata daripada ana, hiduplah dengan gembira dengan sikap optimis. Hidup gembira dengan melakukan amal kepada Allah dan makhlukNya, optimis (sangka baik) dengan apa yang berlaku dalam hidup kita, kerna Allah itu sebaik perancang, Dia juga lebih tahu apa yang kita tidak tahu, yakinlah bahawa Dia lah Tuhan yang Maha Best (Hebat)....

Moga ada manfaat, dan ana mohon sumbang saran... boleh nyatakannya di sembang corner, atau boleh saja di laman FB... insya Allah, ana mohon maaf jika ada yang kurang...

-syukur dengan nikmat iman dan islam- Alhamdulillah...

      

   

No comments:

Post a Comment