Followers

Tuesday, December 7, 2010

3 Minggu yang Berlalu dan Salam Ma'al Hijrah




Zikir kepada Allah, menenangkan jiwa yang keluh kesah...


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


   Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam... Syukur kepadaNya kerna masih lagi menetapkan kita dalam dua nikmat terbesar, terpenting dan ter'best' iaitu nikmat Islam dan Iman... syukur...

   Ketahuilah ya Allah kami ini hambaMu ya Allah selalu melakukan kesilapan atas kejahilan dan kelalaian sedangkan kami dalam keadaan mengetahui bahwa ianya salah, tapi dek kerna iman senipis kulit bawang, kami melakukannya tanpa rasa bersalah. Oh Allah, alangkah jahat dan kejinya kami ini...
Sungguh kami ini hambaMu zalim. Maka benarlah zikir NabiMu, Yunus alaihissalam ketika berada di dalam perut ikan nun, seperti dinukilkan di dalam Al-Quran Karim. Firman Allah dalam surah al-Anbiya'











Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
Surah al-Anbiya' 87

Ya Allah, kami memohon keampunan daripadaMu ya Allah...


   Sedikit muqaddimah dalam nada munajat, semoga bermanfaat kepada kita semua. 


   Alhamdulillah, syukur kepada Allah Tuhan yang telah menetapkan taqdir-taqdir untuk hamba-hambaNya, walau senang, gembira, tenang, sedih, dan susah, yakinlah segala yang berlaku pasti ada hikmah. Paling utama, sebagai hambaNya kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmatNya, tidak kiralah dalam keadaan senang mahupun dalam kesusahan. Ramai yang tidak tahu bahawa kesusahan juga merupakan suatu nikmat daripada Allah. Bayangkan kalau hidup ini sentiasa mudah, nak apa semua dapat, happy sokmo... bila masa nak ingat Al Khaliq (Sang Pencipta)??? betul tidak. 

   Tambahan pula di zaman IT dan teknologi ini, semua perkara mudah didapati, bak kata orang zaman sekarang segalanya di hujung jari. Implikasi daripada kemudahan yang melampau ini, menyebabkan manusia kini semakin lalai dan lupa kepada Rabb mereka, Allah. Sudah tentulah, sebab semuanya sudah cukup, seolah-olah tiada lagi pergantungan kepada Allah. Disebabkan manusia merasakan semuanya sudah cukup, maka lahirlah golongan yang menolak adanya tuhan, seperti golongan ateis (menolak kewujudan tuhan). Ana tidak pula mengatakan yang segala kemudahan dan teknologi adalah buruk, cuma bagi ana teknologi dan kemudahan itu adalah sebagai alat yang mana sekiranya kita gunakannya untuk tujuan kebaikan, Insya Allah ianya baik, tetapi sekiranya kita menggunakan ia untuk tujuan kejahatan, maka jahatlah jadinya. Berbalik kepada aties tadi, padahal apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka juga berharap (berdoa) agar berlaku 'keajaiban'. Bukankah bila kita mengharap, maknanya kita mengharap kepada sesuatu, contohnya mengharap kepada tuhan. Jadi, jelaslah bahawa manusia sememangnya tidak boleh menafikan kewujudan tuhan sebab fitrah manusia adalah bertuhan. Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, yakinlah dengan kebenaran Islam, bahawa inilah Ad deen (cara hidup) yang lengkap tanpa cacat cela.
Sedikit tambahan muqaddimah...

Salam Ma'al Hijrah 1432 Hijriyah...
   
   Hampir 3 minggu lebih ana tidak update blog ana, menyepi sebentar mencari inspirasi. Banyak perkara dan 'events' berlaku sepanjang 3 minggu ini. Antaranya, Raudhah festival (RaFest) anjuran MRC, Kem Hijrah Remaja Mukmin di bawah kerjasama Saifulislam Training and Consultancy (STC) dan MRC, dan yang terbaru I-Fiesta (Islamic Ferstival) anjuran MRC (Mahallah Representative Commitee) UIAM, Nilai.

   RaFest (Raudhah Festival) telah diadakan selama 2 minggu. Sepanjang 2 minggu tersebut jalan ke kelas sesak dengan gerai-gerai yang mengambil kesempatan berniaga sempena festival tersebut. Siang hari depenuhi dengan jual beli sekitar Mahallah Ummu Salamah berhadapan Masjid, manakala malam harinya diisi dengan konsert-konsert nasyid dengan menampilkan Ustaz Akhil Hayy, InTeam, Fareast dan ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang hebat seperti Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com Training and Consultancy) ceramah mengenai cinta dan perhubungan dalam Islam, Brother Lim Jui Soon ceramah mengenai mukjizat Al Quran dan comparative religion dan lain-lain lagi menghiasi malam-malam indah sekitar minggu Festival ini.

   Sementara, minggu lepas telah MRC dengan kerjasama Saifulislam Training and Consultancy (Saifulislam.com) telah menganjurkan Kem Hijrah Remaja Mukmin di Masjid Kuartes KLIA, Nilai. Sepanjang 3 hari 2 malam, beriktikaf dan bermalam di masjid tersebut, banyak pelajaran dan pengalaman yang ana dapat daripada kem tersebut. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, jika tidak kerana taufiq dan hidayahNya, ana mungkin tidak dapat menghadiri kem tersebut. Kem tersebut berjaya membuka minda ana dan sahabat-sahabat ana mengenai dakwah dan tarbiyyah. Banyak input-input yang berguna yang diperolehi daripada kem ini ditambah pula dengan penceramah-penceramah yang hebat dan berkaliber. Antara inputnya: sekiranya kita mahu menjadi seorang pendakwah yang terbaik, kajilah sirah rasulullah, kreativiti dalam berdakwah, dan banyak lagi. Maaf, tak dapat ana untuk menyenaraikan kesemuanya di sini, Insya Allah, jika ada kesempatan, ana akan mengulas mengenainya di entri yang akan datang. Kesimpulannya, kem ini memang terbest yang ana join setakat ini. 

   Ukhwah antara peserta memang rapat bagaikan saudara kandung, padahal sebelum ini pernah jumpa tapi tak bertegur sapa, tapi selepas kem ini semuanya berubah, kami semakin rapat, Alhamdulillah. Slot debat mengenai isu semasa dan dunia Islam yang disusun pihak penganjur berjaya mencungkil bakat berdebat dalam kalangan peserta, ana juga tidak melepaskan peluang untuk berdebat (semua peserta wajib menyertainya) walaupun tiada pengalaman berdebat dalam bahasa melayu (arab pernah laa hu8..). Ish, pendek kata memang best laa, tak cukup digambarkan dengan kata, cukuplah dengan memori manis itu yang mampu menafsir jutaan makna. Jutaan terima kasih ana ucapkan kepada naqib ana dan nuqaba' yang lain kerana menjemput kami menghadiri kem tersebut. Tak sia-sia ana korbankan hujung minggu ana. Jazakumullah khairan jaza'...

  Sekarang ini, yang sedang berlangsung, I-Fiesta (Islamic Festival). Malam tadi, sebuah forum bertajuk 'Kenapa Hidup Bertuhan' yang dikendalikan oleh Presiden MRC Akh Abd Malik selaku moderator forum bersama Ustaz Meeftah dan Brother Firwan sebagai panelists. Ana dilantik last-minute menjadi pengerusi majlis. Secebis pengalaman di SMKA TAHAP dahulu dimanfaatkan secukupnya, tapi bagi ana perfomance ana malam ini tidak memuaskan akibat kurang bersedia dan keletihan, ala kadar kata orang. Walaubagaimanapun, forum ini berjaya menjawab pelbagai persoalan mengenai mengapa hidup ini perlu kepada Tuhan. Keperluan manusia untuk bertuhan sememangnya tidak boleh dinafikan. Selain itu, forum ini membincangkan mengenai aqidah umat Islam khususnya di Malaysia yang semakin meruncing dan di tahap yang membimbangkan. Sementara itu, gerai-gerai semakin rancak didirikan di sekitar tapak I-Fiesta yang menawarkan pelbagai barang-barang seperti makanan, bahan bacaan, minyak wangi, pakaian muslimin dan muslimat dan banyak lagi. Datang jangan tak datang, kata orang kulit putih "see for yourself"... he8. 

   Sebelum ana mengakhiri tulisan ana pada kali ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan diatas segala kekhilafan dan kesalahan ana kepada antum semua. Semoga 1432 hijrah ini menjadi tahun yang terbaik buat kita semua dan semoga tahun yang mendatang lebih baik daripada tahun ini dan begitulah seterusnya. Di kesempatan ini marilah kita sama-sama memohon keampunan daripada Allah s.w.t agar diampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu mahupun yang akan datang, semoga Allah melindungi kita sentiasa, ameeeen. Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment