Followers

Saturday, January 1, 2011

Pantas Masa Meninggalkan, 2010 Melabuhkan Tirainya



Berlari mengejar waktu,tiada pernah menunggu,
sentiasa menghambat kita dengan cemburu,
membuatkan kita sentiasa dalam terburu-buru,
memburu mengejar waktu...

Itulah kisah waktu. Pinjaman Illahi kepada kita. Milik Allah, dipinjamkan kepada kita.
Andai leka, rugilah padahnya. Masa tetap berjalan, deras bagai air yang mengalir di terusan.

Seputar mengenai sambutan tahun baru 2011

Sambutan Tahun Baru di Ibu Negara, Kuala Lumpur, meriah bukan?

   Tepat detik 12 malam ini, maka terkatuplah buku tahun 2010 dan secara rasminya terselaklah lembaran baru tahun 2011 miladiyah (masihi).

   Maka bersorak dan bertempiklah meraka-mereka yang menyambutnya di ladang-ladang, eh bukan, tersilap, bukan ladang, padang-padang, tersasul lah pulak. Maaf ya. Kat mana tadi. Ya, maka bergembiralah mereka-mereka itu dengan gembiranya sekali (gaya bahasa macam maf'ul mutlak laa pula... hehe). 

   Menyambut dengan rakan-rakan sepermainan guli di tempat yang terbuka mahupun tertutup dengan hiburan yang menyeronokkan dan mengasyikkan. Mengundang pelbagai masalah sosial dan maksiat. Maka bergelak tawalah musuh Islam sekalian kerana terlaksana sudah hajat mereka, dan kerana tak perlu susah bersusah-payah berdakyah-dakyah. Umat Islam terjebak ke kancah maksiat seakan-akan rela tanpa paksa, akhirnya menuju kehancuran, mengundang kemurkaan.

   Maka bertambah lelah dan penatlah pihak-pihak berkuasa agama tempatan dalam membuat rondaan cegah maksiat di malam tahun baru ini. Bimbang kemurkaan Allah dan juga bimbang malam tahun baru ini akan memberi implikasi buruk pada 9 bulan akan datang. Maksudnya, bimbang akan bertambahnya generasi anak luar nikah, atau bahasa yang lebih lembut yang sedang dipromosikan sekarang ini, anak tak sah taraf. 

   Lebih lembut sedikit bukan? Moga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua agar benci dan menjauhi maksiat. Apa pun maksiat yang berlaku wajiblah ditegah oleh semua pihak dengan tanpa memilih bulu. Tidak kisahlah siapa pun dia, kerana di sisi Allah bukanlah pangkat darjat harta yang menjadi ukuran, bahkan taqwalah yang menjadi ukuran.

Realitinya Dalam Mencegah Maksiat 


    Hidupnya pohon labu itu secara menjalar, usahlah bermimpi menghapuskan labu dengan berhempas pulas mencantas pucuknya yang menjalar, andainya segan mencabut akarnya yang panjang berselirat...

hapuskan punca - insya Allah, barulah berjaya

   Begitulah tahun baru masihi di negara yang tercinta ini. Ha, masa ana update blog ini, bergempa-gempa bumi Port Dickson dek kerana bunyi bom yang berdentam-dentum. Ingatkan kena serang dengan jet Israel, rupanya orang sambut tahun baru daaa. Bunga api yang berwarna-warni menghiasi langit kelam Port Dickson. Orang ramai berpusu-pusu datang ke Port Dickson. 

   Ada yang sanggup datang daripada jauh, Kuala Lumpur semata-mata mahu menyaksikan pertunjukan bunga api di malam tahun baru, sangka baik ana mungkin inilah kali pertama mereka menyaksikan pertunjukan bunga api (bagi chance laa kata orang). Tambah pula, maklumlah di sini kan antara kawasan pelancongan yang berprestij di tanah air ini, maka terpaksalah ana akur dengan apa yang berlaku di sini (cegah dengan hati saja la yang mampu). 

   Di kaca televisyen pula sibuk memaparkan mereka-mereka yang berkumpul menghitung detik 12 malam. Daripada anak kecil yang tak boleh merangkak sehinggalah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang menunggu masa merebah diri ke bumi, belia muda mudi tok sah cerita laa, sentiasa setia bersama, kata Astro (nama kawan ana) "semua ada". Hebat sungguh sambutannya. Meriah sangatlah kononya.

   Rajin sungguh ya pihak penganjur menganjurkan majlis yang sebegitu grand. Pertunjukkan bunga api saja memerlukan perbelanjaan yang besar, itu belum lagi dihitung dari segi persiapan tempat dan pentas, sound system, dan lain-lain lagi. Agaknya berapakah jumlah duit yang dibelajakan di situ. Allah sahajalah yang lebih tahu. Ana cadangkan anjurkanlah majlis ceramah ke, forum ke, paling kurang majlis zikir, tahlil ke, barulah jimat kos sedikit betul tak? Kata orang Inggeris cost effective, kalau salah betulkan ana. Ya la harga barang pun menaik, kalau rakyat kurangkan makan gula, apalah salahnya, kiranya pihak pengajur pun kurangkan belanja. Muafakat kan begitu, yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Sekadar cadangan ana saja.
Tahun Baru Masihi 2011

   Tepat 12 malam. Tahun baru 2011 menerjah masuk menggantikan 2010 yang menjadi dan menambah lipatan sejarah. Sedar tak sedar masa berjalan dengan begitu pantas. Terasa bagai semalan saja menyambut tahun baru 2010. Masa berjalan tanpa kita sedari. Adakah sebab terlampau khusyuk beribadat atau terlampau tekun mengerjakan maksiat, Na'udzubillah min dzalik (moga Allah melindungi kita daripada perkara itu). Andainya kerana beribadat maka tahniah untuk diri kita, sekiranya kerana maksiat takziahlah untuk diri kita, kesimpulannya sama-samalah kita perbaiki amalan kita di kala kita masih mampu bernafas di muka bumi ini.

   Alhamdulillah, syukur kita masih lagi berpeluang menghirup udara dan bernafas walaupun udara sekarang agak tercemar, tapi syukurlah kita masih diberikan peluang untuk hidup di muka bumi Allah yang indah ini. 

2010 melabuhkan tirainya   

  Masa berjalan, umur meningkat, masa untuk menunggu ajal datang semakin berkurangan (maksudnya semakin hampir kepada kematian). Inilah realiti hidup yang terpaksa kita terima. Tiadalah semakin bertambah umurnya, semakin lambatlah matinya. Tidak. Bahkan kematian itu sentiasa menghampiri seiiring masa yang berlalu meninggalkan kita. Insaflah wahai Raja Nurnasri dan juga pembaca yang dihormati sekalian. Janganlah kita lalai dengan bertambahnya angka pada usia kita, semakin mendabik dada kita kepada Sang Pencipta. Jangan begitu. Tirulah resamnya padi, 

Semakin bertambah usianya, semakin menunduk... tunduklah pada Allah, Dialah Pencipta kita.

   Apa yang kita telah lalui dan tempuhi sepanjang 2010, kini menjadi sejarah untuk dikenang dan diambil iktibar oleh kita semua. Hendaknya, tahun baru masihi ini mengundang keberkatan daripada Allah s.w.t kepada seluruh umat Islam, insya Allah.

Perancangan untuk tahun baru

   Menjadi kebiasaan, orang akan menetapkan azam baru sempena tahun baru, mungkin adat agaknya. Tapi, ana percaya ramai yang telah memasang azam baru sejak awal Muharam lagi. Tak kisahlah bila-bila pun, yang penting hidup ini mestilah sentiasa mempunyai azam. Hayati ayat Al-Quran ini.

   "Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".






Surah Ali-Imran : Ayat 159

   "Azam boleh diertikan sebagai kemahuan ( keinginan, cita-cita dan sebagainya ) yang sangat kuat. Berazam pula mempunyai pengertian mempunyai azam, bertujuan (dengan sesungguhnya), bercita-cita kuat untuk melakukan atau mencapai sesuatu. Dalam erti kata lain, azam boleh bertindak sebagai penentu darjah kesungguhan seseorang dalam mencapai matlamat. 
   
   Azam juga boleh menjadi pemangkin kepada keberanian seseorang untuk melakukan sesuatu melebihi daripada tahap biasa. Meneneliti dan sedar akan pengertian azam itu, tentu ramai setuju bahawa setiap orang memang perlu malah dituntut mempunyai azam. Namun pembentukan azam tidak semestinya hanya dibuat pada awal tahun semata-mata. Kita jangan terikat dengan masa ketika mahu membuat azam.


   Orang yang berjaya tentunya akan sentiasa membina azam, tidak kira masa dan tidak hanya ketika munculnya tahun baru. Azam baru akan sentiasa dibina setiap kali azam lama dapat dicapai. Orang sebegini sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mempunyai semangat baru dalam menempuhi kehidupannya.




   Azam adalah kuasa pengerak. Ia mencetus usaha, semangat dan kerajinan seseorang untuk menjadikan sebuah impian dijelmakan dalam bentuk yang nyata. Bukan hanya wujud di alam khayalan dan hanya sekadar mimpi sahaja. Ia sesuatu yang kita kehendaki dan kita perlukan. Terlampau inginkan. Hendak sangat."



Itulah sedikit perkongsian daripada ana
   
Putaran masa yang mencemburui

Masa yang cemburu

   Seperti kata-kata ana pada awal entri kali ini (di atas sekali), masa memang mencemburui. Jam di dinding rumah ana tepat menunjukkan 1.30 pagi (waktu penulis menulis). Cemburu sungguh dia, tak ada pause walaupun sekadar sesaat pun.

   Memang begitu makhluk yang bernama masa diciptakan, menjalankan tugas tanpa pernah berhenti. Hanya berhenti pada masa yang telah ditetapkan, iaitu pada hari Qiamat. Pada hari itulah masa dunia berakhir. Bila? Hanya Allah sahaja yang tahu.

Akhir Kalam
   Masjid Bandar Baru Nilai yang serba indah

   Hari Sabtu, selepas itu hari Ahad, dan kembali ke Bumi Nilai. Rindu pada Bumi Nilai, lebih-lebih lagi merindukan mereka yang mendiaminya. Masjidnya yang besar serta indah pada malam harinya tidak pernah hilang daripada ingatan ana. Insya Allah, kembali dengan semangat dan azam yang lebih membara. Tiada lagi mahasiswa lesu, mudah-mudahan.

Akhir kata ana memohon sejuta kemaafan andai terdapat khilaf dan salah sepanjang kita berkenalan dan sepanjang ana menulis... Ana mohon berundur seketika, andai masa terluang lagi insya Allah ana teruskan menulis lagi.
Wallahu'alam...

Komentar dan sumbang saran kalian amatlah ana hargai, jazakumullah khair jaza' atas sokongan kalian...


3 comments:

  1. salam ke gerbang umo 19..hehe
    ak suke ayt labu tu..
    maaf byak2 yer

    ReplyDelete
  2. ye, same laa sweet nineteen daa...
    ooo ayat labu tu ek, sedap ke bunyi die, reka ayat pagi2 bute, takot bunyi pelik je... hehe
    same2 laa, mintak maaf juga, bnyk buat salah...

    ReplyDelete
  3. Ijin , saya mengkopi gambar padi Anda ke blog saya "http://maslasno.blogspot.com/2013/07/the-ubans-terror.html ".
    Terima kasih.
    Salam

    ReplyDelete