Followers

Thursday, December 30, 2010

Cuti dan Cerita Ana



 
Kami sedang bercuti... We are on vacation... Nahnu al aan fil 'utlah...
Midsem Break... 25 Disember hingga 2 Januari 2010
   
   "Entah apa lah benda yang nak dibuat sepanjang cuti ini?" Keluh ana sebaik saja meneliti takwim UIA dalam Students Guide Book... 
   "Hmmm... dah la seminggu..." konon, macam la lama sangat, walhal sekejap saja seminggu je pun. "Well we'll see" kata orang Inggeris.

   Mengenai cuti tersebut,
ana ada juga berbincang dan berbual dengan sahabat-sahabat mengenai perkara yang hendak dibuat semasa cuti. Macam-macam benda yang mereka rancangkan untuk cuti mereka, ada yang pulang ke kampung ziarah sanak saudara, ada yang pergi kem, ada yang melancong, dan macam-macam lagi, seronok ana mendengarnya. 

   Sudah pasti tak muat kalau ana nak listkan semuanya disini, tak kurang juga ada yang merancang untuk online 24 jam dan menghabiskan menonton drama feveret mereka... hu3. Apa pun ana harapkan kita sama-sama memanfaatkan cuti ini dengan jayanya sekali.

Hari Pertama
   "Waaaaa... buntu. Apa nak buat?... Travel? Ish, travel ke mana? takkan nak kerja pula? seminggu je pun... haiish...". Memang jelas tak ada planning langsung untuk 'menangani' cuti kali ini. Hah, padahal selama ini memang tak pernah pun buat planning untuk cuti, kebiasaanya menggunakan teknik redah saja...


Metrobus... Bas pilihan utama untuk ke Pahang di Stesen Bas Pekeliling
    Travel... Memang salah satu minat dan cita-cita ana. Minat melihat tempat orang, budaya, makanan dan pemandangan. Cita-cita pula, ana berhajat untuk mengelilingi dunia melihat keindahan Bumi ciptaan Al Khaliq ini. Teringat lagi sewaktu selesai saja menduduki SPM, memang berjalan sakan kata orang. Berjalan dari Port Dickson ke Pahang sudah jadi kebiasaan dan hampir setiap bulan ana ke sana (dalam tempoh 5 bulan selepas SPM, haa lagi satu bukan berjalan kaki literally ya, sudah tentu dengan menaiki kenderaan awam, bedo'oh  sangat kalo berjalan kaki). Selepas ambil result pula, terus menaiki kereta api ke Kelantan balik kampung di Kg. Raja, Machang. Apa lagi bila sampai saja Kelantan, memang lagi sakan laa bercuti. 
   
Pastikan antum semua merancang percutian dengan sebaiknya


Planning sebelum bercuti
   Moralnya, lain kali sebelum bercuti pastikan kita semua mempunyai perancangan tentang apa yang hendak dilakukan semasa cuti jangan main redah saja. Kalau tak, masa cuti itu akan berlalu begitu saja tanpa manfaat, peringatan untuk diri ana sebenarnya... hehe.

   Itulah pengalaman... Pengalaman mengajar kita supaya lebih berhati-hati atau lebih bersedia untuk masa yang akan datang, perkara yang kita alami itu lebih bermakna daripada perkara yang sekadar didengari. Falsafah tu, kalau nak salin pergi cepat-cepat cari kertas. Ana bergurau saja, tapi kalau nak salin juga, ana alu-alukannya. 

   Lucu juga bila ana membacanya, seorang sahabat ana pernah menulis, "Pengalaman merupakan guru yang kejam, sebab ia menguji terlebih dahulu, kemudian baru memberi pengajaran"

   Bagaimana, antum setuju dengan pernyataan tersebut?

   Secara peribadinya, ana setuju dengan pernyataan itu. Sekilas memandang pernyataan tersebut, pelbagai perasaan yang timbul tatkala membacanya. Rasa nak tergelak, rasa pelik, rasa curious, tapi tak ada la pula rasa sedih... hehe. 
   
   Realitinya, ana cenderung untuk melihat pada apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Walaupun apa yang tersurat itu agak kasar bunyinya, tetapi apa yang tersirat itu jauh lebih bermakna buat ana.

Experience is the best teacher
  
   Memang benar, pengalaman itu adalah guru, kata orang Inggeris "Experience is the best teacher". Tetapi, ianya tak adalah sekejam seperti pernyataan di atas tadi. Pengalaman pertama adakalanya manis, dan adakalanya pahit. Kita semua pernah melaluinya bukan? Lebih-lebih lagi sewaktu kecil-kecil dulu. Ketika mana kita belajar untuk merangkak dan berjalan, seolah-seolah saat itu juga kita mahu mengelilingi dunia. Pelbagai perkara baru yang hendak dicuba dan diuji. 
   
   Cerek yang panas hendak disentuh, madu yang menguning dihirup, lada yang merah ranggi hendak dikekah, rak tv hendak dipanjat dan pelbagai lagi perkara baru yang hendak dicuba. Larangan dan tegahan tidak diendahkan waktu itu. Ya la, budak-budak baru nak belajar. Al Hasilnya, rasa panas memegang cerek air, rasa manis menghirup madu, rasa pedas akibat kekah (gigit) lada, rasa gayat memanjat... itu semua adalah pengalaman, mengajar kita sewaktu kecil lagi.
    
   Belajar daripada pengalaman... Mahalnya pengalaman, kerana banyak perkara buruk kita dapat elakkan berdasarkan pengalaman kita sendiri dan pengalaman orang lain.

Wah, terlajak sudah... 
   Nampaknya ana sudah lari daripada tajuk.

   Hah, mengenai cuti. Hari ini adalah hari Rabu, sudah masuk hari yang ke-5 ana bercuti. Setakat ini, tiada apa yang menarik sangat untuk ana kongsikan. Opss, nanti dulu, jangan berhenti membaca lagi, ada beberapa perkara sebenarnya yang ana nak kongsikan bersama-sama antum sekalian. 


Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Melancong dan bercuti sama?...
   Sahabat-sahabat ana ada yang berkata begini kepada ana, kata mereka "Alaaa cuti kau mesti best kan?, Ya laa kau balik rumah sama macam pergi melancong"

Pening
   Mula-mula, ana terpinga-terpinga juga mendengar kata-kata itu. Hairan ana dibuatnya, tergaru-garu kepala juga memikir (bukan sebab itchy scalp ya...). Oh ya, baru sedar, rupanya rumah ana di kawasan pelancongan terkenal di Malaysia, Port Dickson. Entah mengapa ana boleh tak perasaan part itu.

   Mungkin sebab baru setahun setengah berpindah ke sini, tak sampai zauk (feel) lagi kata orang tasawuf. Sebelum ini ana menetap di Kuantan dan hampir 17 tahun tinggal di Pahang, kata orang, ciri-ciri rakyat Pahang tu masih ada lagi. Entah juga mengapa kadang-kadang ada yang bertanya kepada ana, adakah ana ni orang Terengganu atau Kelantan. Apa sebabnya ya? Mungkin sebab orang Kuantan biasanya bercakap dalam slang Terengganu (Kuantan berjiran dengan daerah Kemaman, Terengganu), dan mungkin juga sebab family ana yang berasal daripada Kelantan mempengaruhi cara ana bercakap. Hal ini banyak membuatkan sahabat-sahabat ana kompius, malah ana juga kadang-kadang kompius... (apa-apa je laa janji boleh cakap Melayu, haha).


Pemandangan dari Tingkat 7 'Istana Kayangan'

Menemani Mama pergi pasar pagi Port Dickson...

   Pagi-pagi lagi Mama dah bangun, 5.00 pagi. Ya Allah, jujur anak muda seperti ana saja sangat liat dan susah untuk bangun pada waktu tersebut. Mama selalu bangun awal. Pernah sesekali ana intai untuk mengetahui apa yang Mama buat awal dinihari, Alhamdulillah Mama sibuk menunaikan solat sunat. Usia Mama sudah menjangkau 49 tahun dan Alhamdulillah masih sihat dan bertenaga. Awal-awal pagi saja sudah mengajak ana siap-siap untuk pergi berjoging di taman komuniti di bawah. 


  Litar jogging Taman Komuniti 

  Usai berjoging, Mama mengajak pula Abg Die dan ana ke pasar. Abg Die yang Drive, ana jadi reserve je, maklumlah lesen P ana itu masih segar dari ladang... Adik pula setia menunggu di 'Istana Kayangan' untuk mengangkut barang-barang naik ke kayangan. 'Istana' yang berada di tingkat 7 itu sangat indah, juga menggayatkan, mujur lif beroperasi dengan baik, kalau tak memanjat tangga lah jawabnya... Pantai Port Dickson kelihatan jelas daripada ruang santapan dan beranda... Cukup disitu cerita mengenai rumah ana.


Litar joging lagi


Ketika di pasar membeli barang keperluan dapur bersama Mama
   
   Hah, apa yang paling penting  yang nak diceritakan di sini adalah harga barangan di pasar meningkat, bak kata miss Fizah skyrockected (hiperbola). Harga naik dengan mendadak sekali. Harga santan, ikan, keluarga bawang-bawang (merah, putih, besar), sayur, dan macam-macam lagi naik mendadak sekali. 

   Sangkaan ana puncanya mungkin sebab harga petrol naik kot. Ana tak pandai nak mengulas panjang risau salah, lagipun itu cerita ekonomi, ana bukan ahli dalam ekonomi tetapi mempunyai minat untuk mempelajarinya. Tetapi, bukan itu yang ana nak sampaikan. Apa yang ana nak sampaikan di sini adalah, perlunya umat Islam termasuk ana sendiri memperkaya dan memperkasa diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan di samping kita arif mengenai akhirat, kita perlu juga mahir dalam ilmu duniawi. Barulah bahagia di dunia dan bahagia di akhirat, insya Allah.

   Bab kenaikan harga dan minyak tersebut ana serahkan kepada yang pakar. Akhbar dan pelbagai media masih hangat memperkatakan tentang isu ini dan akhirnya semakin hari, semakin lesu akibat demam bolasepak yang semakin membara. Oh, lupa ana, tahniah ana ucapkan kepada skuad bolasepak negara yang telah berjaya dalam piala Suzuki AFF dan kerana telah mengharumkan nama negara. Semoga dengan semangat kesukanan yang hebat diperkatakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua buah negara ini dan meregangkan ketegangan yang berlaku, insya Allah. Apa pun penting sekali untuk kita mengetahui mengapa dan bagaimana untuk menangani isu harga barangan naik. Disitulah pentingnya ilmu, supaya tak kena tipu... dan banyak lagi manfaat ilmu, bukan setakat elak ditipu saja.


Apakah kesan kenaikan harga petroleum, adakah ianya juga memberi kesan kepada barangan lain? Sudah tentu ya


Cuti, masihkah panjang?
   Cuti kali ini masih berbaki 4 hari. Kembali semula ke Bumi Nilai pada hari Ahad. Sekejap saja masa berlalu, bagai air yang mengalir. Sahabat ana Irfan kini sedang sibuk mengemas barang untuk pulang ke kampus UITM Sri Iskandar, Perak. Bakal arkitek ini sibuk semedang sampai tak sempat berskype bersama-sama ana dan Afiq Aiman malam ini (bakal Ustaz lepasan Maktab Perguruan KL). 
   
   Sementara sahabat ana Syirhan sibuk mengatur program-program di Matrikulasi Pahang. Sahabat yang ana kasihi dan segani 'Alim dan Wardah di Bumi Anbiya' Al Azhar, Mesir. Rashidah, Izzati dan Izzah di Bumi Anbiya' Urdun JUST (Jordan). Alhamdulillah, hebat-hebat semuanya. Begitu juga dengan sahabat-sahabat Asasi Uia lain yang sedang bercuti Asyraf dan Qalbuddeen di Kelantan, Fitri di KLIA, Azmi di Sementa, Klang Selangor dan lain-lain lagi tak sempat untuk ana tuliskan semuanya. Doa ana agar kalian berbahagia di dalam rahmat Allah sentiasa. Manfaatkan cuti bagi yang masih cuti dan buat yang terbaik bagi mereka yang dalam fatrah exam. Kalian semua dalam ingatan dan doa ana. 
  
Insya Allah, ana mohon berundur untuk seketika. 
Di lain masa dan waktu yang terluang ana akan kembali pula untuk menulis. Mohon maaf jika terdapat salah dan kurang... Wallahu'alam...
ana yang tak sempurna 
      


   

   

7 comments:

  1. sy komen 1st...!!!hehe...
    wahh...best la bace blog awk...mmg gaya org sastera...boleh la ganti A. Samad Said lepas ni...

    tahniah kerana masih mengekalkan ciri2 pahang + kelantan anda...hehe...

    terima kasih sebab ada name sy dalam post ni...

    harap dapat manfaatkan cuti dengan sebaik nye...lepas bkk sem nanti, teruskan pembelajaran dengan lebih baik...semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    mekasih sudi baca, xde ape pun sbenanye bese2 je... xde la sampei nk megantikan A.Samad Said... hyperbola sgt tuh... hehe
    ye masih lg pahang+kelantan...
    insya Allah, mudah-mudahan laa...
    harap ada manfaat bersama...

    ReplyDelete
  3. da update blog dah....mabruk~~
    sungguh mantop cara penulisan anta ;p
    truskan berjuang tok menulis~~

    ReplyDelete
  4. jazakillah
    Alhamdulillah, ini kelebihan drpd Allah...
    terima kasih kerna membaca tulisan sy...
    insya Allah ana meneruskn menulis...

    ReplyDelete
  5. ramai puji bro..=P
    huhu.. ak da ade kat nilai...
    gudd.. pndai bhagi cuti=)

    ReplyDelete
  6. eh... cepat nye ko balik...
    ah, puji tu bukan milik kite... sumenye dr Allah... betul x?
    hmmm, bahagi cuti??? ntah laa, xbrape bahagi pun sbnanye... hehe bese2 je...

    ReplyDelete
  7. ami......(yg ni roomate ko...lolz)December 31, 2010 at 11:31 PM

    salam.......
    weyh ko crik ayt ak............grrrr(ayt kosmo senonyer...kah3)
    bgos2....ad improvement
    anda tlh mengilustasikn komen sye sblom ni....
    keep up da good work(^O^)
    *blerrrr nk tuka blog template ni.......

    ReplyDelete