Followers

Monday, October 17, 2011

:: Musafir di Jalan Allah ::

 
trekking-dans-le-sahara-id51
 Tempuhilah perjalanan bersama-sama, kita kuat bila kita bersama, kita kuat kerana Allah lah sumber kekuatan kita

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

       Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana limpah dan kurniaNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, kepada seluruh ahli keluarganya dan kepada para sahabat baginda ridhwanullahi ‘ajma’iin.

Muqaddimah bicara
       
Sekali lagi Allah memberi peluang dan ruang kepada ana untuk menulis di ruang ini, setelah kira-kira tiga bulan ana meninggalkan ruangan ini, sunyi tanpa kata, bisu tanpa bicara.
       Alhamdulillah, masih lagi Allah kurniakan nikmat kesihatan kepada batang tubuh ini. Memetik kata salah seorang sarjana Islam yang terkenal, katanya “Nikmat kesihatan itu adalah nikmat yang ketiga terbesar selepas nikmat Islam dan nikmat Iman”. Syukurilah nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita dengan mengabdikan diri kita kepada Dia. carilah Redha Allah melalui nikmat-nikmatNya.

Rinduku pada kalian

Sayu terasa tatkala mendengar bait-bait lagu Rabithah…

“Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu,
berhimpun dalam naungan cintamu,
bertemu dalam ketaatan,
bersatu dalam perjuangan,
menegakkan syariat dalam kehidupan”

        Setiap detik-detik yang berlalu kerap kali juga mengingatkan ana kepada kalian. Tidak banyak yang ana boleh ungkapkan untuk menyatakan rasa syukur kepada Allah kerana telah menghantar kalian sebagai sahabat kepada ana, tidak terungkap kata, tidak cukup bahasa untuk ana terjemahkan.  

        Terima kasih kepada kalian. Ana banyak belajar daripada kalian.Telah banyak yang berubah daripada diri ini atas tunjuk ajar kalian. Kenangan indah yang kita telah ukirkan bersama tidak mampu untuk ana potretkan di atas sekeping kanvas, tidak pernah pula akan dipadamkan, namun tetap memori-memori indah sepanjang kita bersama itu tersemat di dalam ingatan ini. Semoga Allah memelihara kita semua.

Harapanku

        Ana harap, kita semua tetap teguh di atas jalan perjuangan ini. Ingat, walau apapun yang terjadi sekalipun, Allah tetap bersama kita. Pertalian dan perhubungan yang diikat atas nama Allah dan dasar Aqidah ini tidak akan terputus bagai air dicincang, tidak akan terputus. Uhibbukum fillah.

Insya Allah, tiba saatnya kita pasti akan dipertemukan semula. Ana sentiasa menanti-nantikan detik itu.

DSC_0534
       Rehlah Farihiin 041011 (Maaf ya, sebenarnya banyak lagi gambar sahabat-sahabat lain, tapi tak sempat nak upload ^__^)

      Tulisan di bawah ini ana tujukan khas buat kalian dan khas buat para pembaca setia. Tidak kira di mana kalian berada, semoga tulisan ini memberi manfaat kepada kalian. 

Jauh kita berjalan...

Menempuh pelbagai onak dan ranjau,
terhias di sepanjang perjalanan...
Susah, jauh, berliku dan penuh cabaran...
Menduga kesabaran dan keutuhan jiwa dan tubuh badan...

Biarpun perit dan sakit...
Namun tetap jua kita teruskan, kerana apa?
Ya, kerana kita jelas mengenai destinasi akhir kita...
Syurga dan Redha Allah.

Perjalanan ini memang perit dan sakit...
Tidak mejanjikan pulangan kedudukan yang istimewa di Dunia...
Tidak pula menjaminkan pulangan harta dan kediaman seperti istana...

Tapi yang pasti,

Terjamin pulangan nikmat yang tidak akan pernah putus-putus di Syurga...
Dijanjikan pulangan kedudukan istimewa bersama para syuhada' malah
bersama-sama para Anbiya' di Taman-taman Syurga yang mana mengalir
air di bawahnya...

Sahabat sekalian,
Syurga itu teramatlah mahal,
Kerana maharnya adalah Redha dan Rahmat Allah,
Tidak mungkin kita akan mendudukinya jika tanpa Redha dan RahmatNya...

Untuk mendapatkan Redha dan Rahmat Allah itu,
membutuhkan kita kepada pengorbanan dan mujahadah diri...

Oleh itu andai kau atau aku berasa lelah di pertengahan perjalanan ini,
Janganlah kau atau aku berputus harap lalu terus menyerah kalah. Jangan.
Teruskanlah melangkah, teruskan! Allah bersama kita...

Dia Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui apa yang kita alami...
Pintalah kepada Dia, pasti akan diperkenankan.

Kuatkan hatimu, tabahkan jiwamu...
Semoga kita semua dipertemukan di sana nanti.

Raja Nurnasri II

3 comments:

  1. AllahuAkbar! Moga talian ukhuwah yang terbina tak kan pernah terputus walau apa pun terjadi. ^_^

    ReplyDelete
  2. subhanALLAH...manisnya ukhwah FILLAH~
    barakALLAH~

    ReplyDelete
  3. Tanya ckit,knp ade ll kat Raja Nurnasri.

    ReplyDelete