Followers

Thursday, December 9, 2010

Hijrah, Transformasi... Ayuh!



Alhambra, Granada, Sepanyol... Mercu tanda Kegemilangan Islam di ufuk Barat pada satu ketika dahulu... Sekarang?

 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

   Alhamdulillah marilah kita sama-sama merafakkan setinggi kesyukuran dan penghargaan kita kepada Rabbul Jalil, Penguasa yang Maha Agung iaitu Allah subhanahu wata'ala kerana dengan hidayah dan inayahNya kita masih lagi menghirup dalam nafas Iman dan Islam... Alhamdulillah...

   Dalam kesibukan mereka yang bukan Islam membuat kajian, membahas hujah, membongkar dalil demi mencari cahaya kebenaran Islam dan sinar hidayah, bersyukurlah kepada Allah kerna kita dilahirkan terus mewarisi Islam daripada kedua ibu bapa kita tanpa perlu bersusah payah membuat kajian demi kajian semata-mata untuk membuktikan kebenaran dan akhirnya memeluk Islam, semoga Allah menyingkapkan tabir kegelapan daripada mereka dan seterusnya menyinari cahaya Islam dan sinar Hidayah kepada mereka semua, Insya Allah...

   Sahabat-sahabat sekalian, seharusnya kita merasa bangga dan bersyukur diatas kedua nikmat terbesar ini yang mana kerana Islam lah kita mulia, inilah agama kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w menyelamatkan manusia daripada jahiliyah pemikiran dan kejumudan intektual kearah sinar dan pencerahan pemikiran dan memandu kehidupan manusia keseluruhannya merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa satu pun yang diabaikan, pentadbiran, politik, sosial, alam sekitar, dan pelbagai lagi kearah menuju satu destinasi yang diredhai Allah, Syurga Firdaus. Memetik kata daripada amirul mukminin saidina Umar Al-Khattab r.a. bahawa:

 “Kita (bangsa Arab) dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam; andainya kita cuba mencari yang lain selain Islam necaya Allah akan menghina kita kembali.”

      Menelusuri secara ringkas sejarah tamadun Islam, tersergamnya Alhambra di puncak ufuk barat, terbinanya kota ilmu Baghdad di tengah padang pasir tandus, tertegaknya kerajaan Melayu Melaka di semenanjung emas, kesemuanya mencapai zaman kegemilangan dan keemasan bersama Islam. Ketika Alhambra, Baghdad, dan kota-kota Islam lain mengecap kegemilangan dan kecerahan, dimanakah masyarakat Eropah ketika itu? masih lagi sesak bernafas dalam zaman kegelapan... Susurilah sejarah kita umat Islam, anda akan faham mengapa kita suatu masa dahulu pernah berjaya... Hayatilah firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran...



Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(surah Al Baqarah; juzu' 3; ayat 257)


    Masya Allah, sungguh indah ayat ini. Hayatilah sahabat-sahabat ana sekalian. Tatkala sekumpulan manusia yang lupa matlamat penciptaan mereka, sibuk melaungkan kemajuan, kemajuan, dan kemajuan, dan kemajuan kata mereka hanya akan berhasil sekiranya kita mencabut tudung? kemajuan hanya akan tercapai sekiranya kita amalkan Islam separuh-separuh? Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian, Kemajuan apakah yang ingin kita capai sekiranya kita menempah siksaan neraka di akhirat kelak??? Kemajuan yang hanya menyusahkan bukan kemajuan yang hakiki; maju material dalam masa yang sama maju juga dalam aqidah, ibadah, dan akhlaq inilah yang Islam mahukan. 


      Maju material tapi semakin bertambah kes zina, buang bayi dan pelbagai masalah sosial, itu bukan maju namanya, bahkan kemajuan itu adalah kebahagian pemerintah dan rakyat hidup dalam rahmat dan berkat. Apabila berkat, maka tiada lagi istilah TIDAK cukup dalam perkara meterial, pemerintah hidup sederhana seperti Rasulullah, masyarakat bahagia bagaikan penduduk Madinah. Menyebut mengenai kemajuan, Allah telah pun menyentuh bab kemajuan dalam sesebuah negara dan hanya akan berhasil sekiranya penduduk di dalamnya beriman dengan sepenuh jiwa raga, hayatilah firman Allah:


Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah Al A'raaf; juzu' 7; ayat 96)
  
         Kejayaan dan keberhasilan sesebuah negara yang mempunyai penduduk dan pemerintah yang beriman sudah pun dibuktikan ketika era pemerintahan Rasulullah s.a.w lagi sewaktu di Madinah Munawwarah, seterusnya disambung kegemilangannya oleh era Khulafa' Ar Raasyidin, Kerajaan Muawiyah, Kerajaan Abassiyah dan akhir sekali Kerajaan Utsmaniyah di Turki yang tumbang di tangan jahat Mustafa at-Tartuk pada 1 mac 1924, semoga Allah membalasnya dengan azab yang setimpal. 


     Setelah daripada itu, masa terus berjalan menanti kebangkitan semula kegemilangan Islam dan Alhamdulillah ianya kian menampakkan serinya, suka ana untuk menyebut bahawa "Takkan Hilang Islam di dunia"... ana rasa itulah yang sebetulnya dan realiti yang kita tidak perlu nafikan.

        Hijrah 1432 telah membuka tirainya, tahun baru Islam sudah pun bermula. Tranformasi dan perubahan perlu seiring dengan masa, tiada lagi istilah 'katak bawah tempurung'. Merubah ummah perlulah dimulakan dengan diri sendiri. Ayuh marilah kita sama-sama berubah dan mulakan dengan mengamalkan Islam seleruhnya dalam diri kita, agar Islam pula akan diamalkan seluruhnya di sekeliling kita. 


       Teringat kata-kata murabbi ana, "Biah solehah (suasana Islamik) itu tidak akan tertegak, sekiranya kita tidak menegakkanya di dalam diri kita sendiri". Sahabat-sahabat ana cintai sekalian, mulakanlah dengan sekecil amalan, selepas itu istiqamah (konsisiten) lah, dan tambahkannya sekiranya sudah mampu, tetapi dalam keadaan yang masih lagi konsisten, istiqamah. Rasulullah lebih suka orang yang beramal dengan amalan yang sedikit tetapi  melakukannya secara konsisten.

    Insya Allah, akhir kata marilah kita sama-sama berubah dan melakukan transformasi kearah mencari redha Allah amnya, dan berusaha untuk hidup dengan gigih dan berjaya di dunia dan di akhirat khususnya. 
   
      Ana memohon jutaan kemaafan andai kata terdapat kekurangan dan kesilapan daripada ana, segala kekurangan adalah daripada kelemahan ana, dan kelebihan itu adalah daripada Allah s.w.t. Kata saidina 'Ali r.a "Janganlah kamu memandang (menilai) kepada siapa yang memberi ilmu, melainkan pandanglah kepada ilmu yang disampaikannnya". Semoga ada manfaat. ana yang tak sempurna...

tulus daripada
pemuda yang mencari sinar yang cerah,
dalam kegelapan ummah.
moga dipertemukan sinar yang cerah,
agar gemilang kembali ummah
di bawah naungan Redha Allah,
insya Allah..
nasralhaqq
ayuh berubah, 
pemuda dan pemudi,
 permata Islam sekalian...

3 comments:

  1. post yg baik..
    tringat kata2 seorng sahabt..
    muslim akn berdosa slagi khilafah x tertegak..
    moga degan penulisan2 sbgini mnjadi pencetus kbgkitan ummah..mabruk ya syeikh

    ReplyDelete
  2. insya Allah...
    usaha tanpa doa sia2,
    doa tanpa usaha mengarut...
    sama2 kita lakukan transformasi dlm diri dulu,
    lpas tu baru la bole ubah sekeliling kita...
    jazakillah ukht...

    ReplyDelete
  3. subhanallah..hasanah..salam maal hijrah juga..semoga kita dapat berubah dah melakukan transformasi dlm dr sndr...

    ReplyDelete