Followers

Saturday, December 18, 2010

Malam Minggu yang Dingin... Fuhh



Hujan itu rahmat Allah...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang

   Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t masih lagi memberikan kesempatan kepada ana untuk update blog setelah sekian lama tak update... Padahal rasanya tak sampai pun sebulan lagi, hmm... 

Malam Minggu...
   Hari ini mendung saja, petang redup, malamnya hujan renyai-renyai...
Sejuk sangat sampaikan ana memakai long sleeve t-shirt ditambah pula dengan sweater merah kesayangan ni, tapi tak lah sejuk sampai ke tulang, dan tak lah sesejuk macam negara Mesir dan Jordan... sahabat-sahabat ana yang berada di sana pasti seronok kan?... hu8
Maklumlah mereka kan sedang menikmati musim sejuk. Ramai juga sahabat ana di sana. Kalau main salji jangan lupa ya bawa balik Malaysia, he3... Maklum sajalah ana tak pernah lagi berjumpa dengan makhluk Allah yang bernama salji, jadi teringin sangat nak menyentuhnya... he3. Apa pun, malam ni memang sejuk... fuhhh...

   Tiba-tiba saja ana rasa nak update blog ini, lagipun malam minggu macam ini tak ada apa sangat benda yang nak dibuat. Buku Religion in Malaysia, Alhamdulillah baru saja selesai membacanya, bab 4 je laa (Hinduism), itu pun sebab ahad ini exam. Apa laa ana ni, nak exam baru kalut nak baca buku... he8...

   Bukan senang nak fahamkan bab Hinduism, banyak sangat istilah-istilah baru, nama tuhan Hindu saja ada 350 million!!! Memang menguji minda dan kefahaman. Daripada Brahman (ultimate god) menjelma pula kepada Trimurti, iaitu Brahma (creator), Vishnu (sustainer) dan Shiva (destroyer also known as the terrible and dancing god). Itu belum lagi cerita pasal setiap setiap tuhan berkahwin dan mempunyai anak, tuhan Vishnu membentuk menjadi 10 Avatar turun ke dunia dan macam-macam lagi. 


   Tambah lagi kisah Shiva dan Parvathi, Shiva yang terpancung kepala anak sendiri yang disangkakan lelaki asing yang mahu menggoda Parvathi, Ganesha, lalu digantikan yang dipancung tadi dengan kepala gajah sebab kepala asalnya gagal ditemui, selepas iu Ganeshe dilantik menjadi tuhan... Apa pun, subjek ini memang menarik dan baru kepada ana. Bagi ana, subjek ini adalah ruang dan peluang yang luas kepada kita sumua sebagai Umat Islam untuk memahami agama lain dan dalam masa yang sama menjadi seorang yang lebih menghargai agama kita sendiri, Islam. 

   Bilamana kita tahu dan faham tentang agama-agama lain, maka sudah tentulah ruang lingkup untuk berdakwah menjadi luas. Lihat sahajalah Al Marhum Syeikh Ahmad Deedat  (semoga Allah merahmatinya) yang mahir dalam memahami Al Quran dan juga Bible (Injil) menjadikannya seorang pendebat dan pendakwah yang berjaya menarik ramai penganut-penganut agama lain kearah Islam. Bukan sahaja mereka yang bukan Islam terkesan dengan ilmu dan kepetahannya, malahan ramai juga Umat Islam yang mula sedar bahawa agama ini (Islam) adalah sebuah agama yang indah dan sempurna, tidak seperti agama lain yang kandungannya meragukan. 

   Kata pensyarah ana, cukuplah melihat sebuah agama itu pada scriptures nya (Kitab Suci yang dimiliki oleh sesebuah agama), dan bandingkan dengan Al Quran Al Karim yang penuh dengan mukjizat itu, maka sudah pasti tiada satu pun scriptures yang dapat menandingi kehebatan dan kebenaran Al Quran.


   Sedikit info menarik yang ana mahu kongsikan bersama, sebuah institiusi pendidikan di Jerman telah menjalankan kajian terhadap Al Quran dan Bible pada lewat abad ke-18. Mereka mengumpulkan hampir 24 000 naskhah kitab Bible dan 42 000 naskhah mushaf Al Quran, dan mereka mendapati bahawa hampir 24 ribu kitab bible itu tiada dua pun yang serupa (maksudnya, kandungannya semuanya bercanggah dan berbeza, tiada satu pun yang sama), manakala hampir 42 ribu Al Quran yang dikumpulkan tiada dua pun yang berbeza melainkan semuanya sama (maksudnya tidak bercanggah langsung kandungannya antara satu sama lain). Menarik bukan? Bandingkan, walaupun bilangan Al Quran yang dikaji lebih banyak daripada bilangan Kitab Bible, Al Quran tetap tulen dan tidak ada sedikitpun pun perbezaan dari segi kandungannya. Berbeza dengan Kitab Bible, kandungannya bercanggah sama sekali antara satu sama lain. 


   Selain itu, Al Quran itu merupakan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah untuk umatnya, umat akhir zaman, iaitu zaman yang kita hidup sekarang. Hadirnya Al Quran itu sebagai memansukhkan (membatalkan dan menggantikan) syariat-syariat yang terkandung di dalam kitab-kitab samawi lain iaitu Zabur (Nabi Daud a.s), Taurat (Nabi Musa a.s), Injil (Nabi Isa a.s). Maksudnya, hanya syariat yang dibawa Al Quran sahaja yang digunapakai daripada zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah ke hari Qiamat.


   Perkataan mukjizat berasal daripada a'jaza (ain-jim-zai), yu'jizu, i'jaaz yang membawa makna melemahkan. Al Quran datang melemahkan (mengalahkan) hujah-hujah manusia yang ingkar, teori-teori rekaan manusia yang sesat (teori Yahudi Darwinisme, manusia berevolusi daripada seekor beruk), mengalahkan sihir-sihir jahilyyah bahkan lebih daripada itu. Malah, Al Quran melangkaui batas masa dan waktu, ketikamana tiadanya teleskop dan saintis, Al Quran menerangkan proses kejadian manusia. Hayati Firman Allah ini:



Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Surah Al Mukminuun; ayat 14; surah 23)

   Untuk maklumat tambahan sila layari link ini http://www.harunyahya.com/indo/index.php

Al Quran Al Karim, mukjizat Rasulullah sepanjang zaman...

   Jadi, agama Islam adalah agama yang paling istimewa. Kita tidak akan tahu keistimewaanya selagi mana kita malas dan segan untuk menimba ilmu mengenainya. Ilmu itulah yang mendedahkan keistimewaanya, sebagaimana sebahagian orientalis yang asalnya menimba ilmu mengenai Islam semata-mata mahu mencari kelemahan Islam, tetapi sebaliknya yang berlaku. Ramai di antara mereka yang memeluk Islam setelah mengkaji dan mempelajari mengenai Islam. Daripada seorang yang memerangi Islam berubah menjadi seorang yang mendokong Islam. Itulah kehebatan agama Allah ini, semakin dikaji, semakin kerdil rasa diri ini. Bahawa kita semua diciptakan olehNya, dihidupkan, dimatikan dan dihidupkan kembali untuk diadili amal kebaikan mahupun kejahatan. 

                                                                   
Kata murabbi ana:

"Perumpamaan orang yang berilmu itu adalah seperti padi yang lebat menguning di tangkai, semakin lebat semakin menunduk"


Maksudnya: Orang yang berilmu itu, semakin banyak dia tahu, semakin banyak dia beramal, semakinlah juga dia zuhud, tidak berlagak dan sombong, kerana ilmu tadi menjadikan dia sedar bahawa dia adalah hamba Allah.

   Hajatnya, ana cuma sekadar nak update blog saja, tak terfikir pulak nak menulis sepanjang ini... Apa pun ini semua sekadar perkongsian daripada apa yang ana belajar sepanjang berada di sini. Doakan ana exam RIM Ahad ini dan Bittaufiq wan Najah kepada semua yang exam tak kiralah di mana antum berada.

   Baru teringat, kepada adik-adik yang baru selesai menjawab SPM, ana ucapkan tahniah dan semoga kejayaan menjadi milik antum semua. Pesan ana, manfaatkan cuti antum semua dengan perkara yang berfaedah dan carilah pengalaman dengan bekerja di mana-mana saja tempat kerja yang tidak melanggar syariat... pahamkan maksud ana... Inilah masa antum semua untuk menimba ilmu dan pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke menara gading, insya Allah...

   Cuti pertengahan semester semakin menghampiri, sementara satu subjek lagi masih berbaki untuk diuji... 

Kem Gemilang anjuran alumni SMKA TAHAP tak dapat ana hadiri, sedih juga tak sempat bersama dengan ikhwah dan akhawat sekalian, mengenangkan Ahad ini exam RIM, maka tak dapatlah ana bersama dengan antum semua. Ana doakan agar semuanya berjalan dengan lancar, semoga sukses segalanya. Insya Allah, jika ada rezki kita akan bersua di lain masa, ketahuilah ana sentiasa menantikan saat itu...

Angin rindu ku kirimkan dari kejauhan Bumi Nilai,
moga sampai menyapa kalian yang berada di Bumi TAHAP...

Wallahu a'lam...

4 comments:

  1. salam, i rasa coretan anda agak menarik.......... teruskan usaha , jgn putus asa, never give up, keep up the good work,REMEMBER,,,, 'behind a successful person lies a tons of difficulties and hardwork ...(^_^) tahapians

    ReplyDelete
  2. azmi md.hassan(bkn yg satu dom ngan ko uh...org len)December 18, 2010 at 4:57 PM

    assalamualaikum......
    stlh mengmbil mse sye slme 5 minit tok mmbcenyer...(pdhl x abis bce lg...kah3)...sye dpti ad bbrpe bhgian yg bley anta perbaiki....anda bley menyelitkn lbey byk unsur2 jenaka yg mampu menarik
    pembce tok tros membcenyer tnper rse jemu n boring~~~ but overall....good job!!!!!
    gomawo...........
    *ikhlas dri lubuk atiy yg pleng dlm....shbtmu
    (terharu x....)

    ReplyDelete
  3. fitri> waaaaa... terharu nye rase, insya Allah selagi kudrat mengisi tubuh nie, aku akn truskan menulis... smoga ada manfaat semasa membace nye... credit kat ko jugak sbb sanggup bagi pinjam notebook comel ko tuh... (menitik air mata aku) haha...

    ReplyDelete
  4. azmi> mekasih, terharunye aku rasa... huhu, nie la y aku nantikan, komen jujur, tulus, ikhlas... mekasih ye bg komen y membina tue.. tgk laa lpas nie akan banyak unsur jenaka, risau ko gelak xberhenti pula... hehe... anyway thanks to all my friends... i really apreciate it, korang sume terbaik!!! (menitik lagi air mata aku... huhu...)

    ReplyDelete