Followers

Sunday, April 11, 2010

Muktamar Natrah.... Cinta-Air Mata-Rusuhan...dan kisah Melayu Islam




Natrah.... Genap 60 tahun....
Suatu nama, suatu kisah... mungkin ramai diantara anda yang baru pertama kali mendengar nama ini, dan tak kurang juga ramai yang dah terbiasa dengan nama ini....
Namun nama sekadar nama, tiada apapun yang terlalu istimewa pada nama ini, namun kisah atau peristiwa yang terjadi disebalik nama inilah yang menjadi suatu yang sangat istimewa...
Peristiwa perjuangan Umat Islam Melayu dalam mempertahankan iman, maruah, dan cinta seorang insan bernama Natrah, seorang gadis Belanda....


Semalam sempat saya menghadiri majlis muktamar 60 tahun pasca tragedi Natrah. Muktamar ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban... Ana pun sendiri tidak mengenali sangat Natrah sebelum ni... bila mendengar ucapan daripada penulis buku Natrah sendiri, Datin Fatini Yaacob baru ana tau siapakah sebenarnya Natrah dan apa kisah disebalik namanya... Kisah Natrah juga merupakan satu kisah sejarah yang ketika berlakunya dulu telah berjaya menggabungkan Umat Islam dalam satu barisan di mana setiap kelompok sanggup membuka pakaian parti dan kumpulan mereka, demi mempertahankan kedaulatan agama...
tidak kira haluan kanan atau kiri mahupun tengah semuanya berganding bahu dalam menyelamatkan aqidah seorang gadis Belanda ini daripada pihak penjajah... Apa yang mahu dihighlightkan disini ialah kekuatan Bangsa Melayu dan Umat Islam pada suatu masa dahulu sehingga mencetuskan rasa gerun kepada pihak penjajah ...

Menariknya, dalam seminar atau muktamar tersebut, ana didedahkan mengenai kehebatan bangsa Melayu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka... Kehebatan tersebut tidak sama sekali boleh dicapai jika sekiranya Islam diketepikan... Bermakna kegemilangan Melaka suatu masa dahulu berkait rapat dengan perkembangan Islam di rantau tersebut...

Berikut adalah kata-kata Umar al Khattab r.a ketika pembukaan Masjid al Aqsa:
"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina,
Allah s.w.t telah memuliakan kita dengan agama Islam,
Andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang Allah muliakan kita dengannya,
maka kita akan dihina oleh Allah."

Begitulah kata-kata daripada salah seorang daripada Khalifah Khulafa' ar Rasyidin...
Jadinya Islam dan Melayu itu sememangnya tidak dapat dipisahkan, kerana mulianya bangsa Melayu ini setelah datangnya agama suci ini.... Dulu, pedagang daripada kerajaan lain terpaksa bertutur dalam Bahasa Melayu, orang Eropah terpaksa membaca surat daripada kerajaan Melayu Melaka di dalam bahasa Melayu bertulis jawi, bukan rumi... begitulah hebatnya orang Melayu dahulu.... alamak terlajak ke sini plak... daripada kisah Natrah terlajak ke kisah Melayu Islam.... kalau ada kesempatan, insya Allah ana akan kupaskan tajuk Melayu Islam pada masa yang lain.... Wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment