Followers

Sunday, April 11, 2010

Formula Merawat Ummah


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Ana ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu sepanjang mengikuti program anjuran sebuah badan NGO di Seremban tempoh hari mengenai fomulasi yang dirumus khas untuk mengubati penyakit ummah...
Formula ini mungkin sudah diketahui umum, dan mungkin juga belum pernah didengari. Ana tidak kata hanya formula ini sahaja yang mampu merawat penyakit ummah, sebaliknya masih banyak lagi penawarnya, namun ini adalah salah satu daripadanya. Menurut salah seorang ahli panel dalam seminar tersebut, Umat Islam di negara ini umpama tubuh seorang manusia, dimana seluruh anggotanya menghidapi penyakit dan bermasalah. Daripada bahagian kepala turun ke tangan, lalu turun ke hati, seterusnya turun ke perut dan akhirnya turun ke kaki semuanya berpenyakit dan bermasalah tambahan pula penawar yang hendak diberikan mestilah sesuai berdasarkan sesebuah anggota tubuh tersebut. Itulah gambaran yang telah diberi oleh ahli panel tersebut. Mungkin ada benarnya dan ada sebabnya ahli panel tersebut berkata begitu. Begini keterangannya:
  • Kepala - mentaliti ummah atau pemikiran atau mungkin juga pemimpin
  • Tangan - amalan ummah, ibadah ummah atau mungkin juga rakyat
  • Hati - soal aqidah ummah, keyakinan atau sekadar ikutan lebih parah tak mengaku Islam
  • Perut - berkenaan rezki halal atau haram, atau ekonomi umat Islam
  • Kaki - berkenaan masa depan umat Islam, gagahkah umat ini utk melangkah ke hari esok
Nampak, betapa bermasalahnya kita... namun apa yang kita mahu sama-sama fokuskan disini bukanlah kepada masalah, kerana masalah sering timbul dan akan sentiasa menimbun, namun solusinya itulah yang kita ikhtiarkan.
Antara punca permasalahan kita ialah mengutamakan kepentingan diri sendiri... mengutamakan diri, bukan Allah, tidak jua Rasul apatah lagi agama sendiri. Akhirnya berlaku perpecahan dalam kalangan ummah dan daripada situ kita akan dapati lebih banyak yang kita terlepas daripada apa yang kita dapat. Musuh-musuh hanya mampu tertawa melihat kelemahan kita yang sedia ada dan akan menggunakan kesempatan yang ada untuk menjatuhkan ummah ini. Jadi formulanya, utamakan Allah terlebih dahulu dan yang lain-lain pasti akan mengikut, bermakna dunia kita dapat dan akhirat pun kita dapat, bukan setakat habuan dunia malahan dapat juga habuan akhirat... analoginya begini, kalau menanam rumput sudah pasti padi tidak akan tumbuh, manakala kalau menanam padi tetap jua rumput akan tumbuh... jadi dua dalam satu.

Untuk bersama-sama kearah itu, perkara yang perlu dilakukan oleh setiap individu adalah Mujahadah iaitu berjuang untuk mencapai sesuatu... kerana Allah tidak akan mengurniakan perubahan atau keuntungan untuk manusia selagi manusia itu tidak berusaha.... berusaha bersama dalam menentukan dan menjalankan keutamaan yang sebenar dalam kehidupan. Kerana hidup manusia itu penuh dengan keutamaan dan kewajipan yang perlu dilakukan sehingga pepatah arab ada berbunyi:
al waajibaat aktharu minal auqaat... kewajipan lebih banyak daripada masa...
Sekiranya kita mampu bebas daripada kepentingan diri kita dan keutamaan kita hanya tertumpu kepada Allah dalam setiap pekerjaan atau amalan, bermakna akhirnya kita telah menumpaskan musuh kita yang terbesar dan yang terkejam iaitu NAFSU..... musuh di dalam selimut... umpama gunting dalam lipatan...

apabila nafsu dijadikan teman,
segala perintah dan larangan dia lawan....
apabila iman dan taqwa sudah bertahta,
segala perintah dan larangan mudah dilaksana...

wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment