Followers

Monday, April 12, 2010

Perjalanan Hidup Kami Baru Bermula


Surau An Nuur SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang pada 2009, bagaimanalah rupanya sekarang...

Sahabat-sahabat sekalian,
Alhamdulillah Allah masih lagi memberi kesempatan kali ini utk ana teruskan mengupdate
blog ana....
Masih terngiang-ngiang di telinga ana kuliah-kuliah maghrib di tahap, tapi diantara banyak2 kuliah yang ana ikuti yang satu ini memang terkesan pada jiwa ana. Kuliah ini memang touchin' laa... macam biasa ustaz inilah yang menemani malam2 kami yang kosong di tahap masa dalam spm, termasuk lah ustaz2 lain..... kuliah yang bertarikh 16 Disember 2009... kalau rajin boleh pergi ambil buku kuliah masing2 dan check... ha3... kalau tak silap ana inilah kuliah terakhir di bumi bertuah SMKA TAHAP....


Tajuk kuliah ini, 10 Pesanan Terakhir... ana rasa sahabat2 dah tahu siapa ustaz tu...
Dalam kuliah ini, ustaz menyampaikan pesanan2 terakhir kepada kami semua.... masing2 tak 'tak cukup tanah' mencatat dalam buku kuliah masing2... entahlah, malam tu terasa lain sangat tibe-tibe je semua jadi rajin, sedangkan sebelum ini kalo nak tulis kuliah berat sangat rasanya... mungkin inilah kuliah terakhir.... dan kuliah yang akan sentiasa kita rindukan.... hmmm..... (kesat air mata jap).....

Disini ana nak kongsikan kepada semua sahabat Tahap dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini... berkenaan pesanan-pesanan terakhir daripada ustaz tersebut....
  1. Jangan pernah mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun dan ikutilah sunnah NabiNya
  2. Buat baik kepada kedua ibu-bapa... taati mereka dalam melakukan perkara yang baik
  3. Hiasilah diri dengan akhlak yang mulia, walau dalam apa keadaan sekalipun...(iman akan menjaga, sekiranya ia dipelihara oleh pemiliknya)
  4. Dirikanlah solat yang wajib secara berjemaah (khusus buat muslimin) muslimat solat kat umah boleh.....
  5. Hendaklah kamu melaksanakan seluruh ibadah kerana Allah, bukan solat sahaja, bahkan semua perkara2 yang baik
  6. Memaafkan kesalahan orang lain yang telah menzalimi kamu, dan usahakan untuk menyambung tali silaturrahim.... amalkan memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur... jadikan amalan khusus (amalan sunat)
  7. Ingatlah Allah walau dimana sekalipun kamu berada.... jangan tinggalkan zikir... jangan pernah meninggalkan bacaan Al-Quran... amalkannya, sekiranya kita meninggalkannya, lagi jauh dia akan tinggalkan kita....
  8. Hendaklah mengajak manusia kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran... kata ustaz "takkanlah satu mende pun takleh nak cegah... koman betul... Usaha, Nabi pun usaha, insya Allah, Allah lah yang akan memberi Hidayah"....
  9. Bermujahadah dengan diri (lawan Nafsu).... hidupkan hati kepada Allah.... nafsu musuh utama dalam diri, bukan yahudi, bukan nasrani.... tambahnya lagi, seorang ahli sufi berjaya menundukkan nafsunya selepas bermujahadah selama 40 tahun.....
  10. Akhir sekali..... Jangan putus asa dengan rahmat Allah.... dan yang inilah paling terkesan sekali pada diri ana.... tatkala diri ini rasa kecewa dan duka... ingatlah Allah sahajalah penawar segala duka dan lara, kembalilah kepadanya..... paling penting... Setiap apa yang berlaku adalah aturan Allah, jadi hadapilah semua yang berlaku dengan sabar dan redha kerana sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, jikalau hilang sesuatu, pasti akan ada gantinya... bak kata orang Melayu... "patah tumbuh, hilang berganti"..... cheeeh wah.... BM la plak....
Begitulah sayangnya murabbi2, ustaz-ustazah, guru2 Smka Tahap... Bumi yang subur dengan biah solehah, sekalipun ana takkan pernah melupakan pendidik2 sekalian dan tak lupa juga pada sahabat sekalian... Jiwa ini mengenal Tuhan dan Agama di bumi bertuah ini.... kasihnya ana pada Tahap, sehingga menolak tawaran KISAS.... maaf, ana ada pendirian ana dalam soal ini... Mungkin rezeki ana tidak disana... tapi Alhamdulillah... segala-galanya sudah tamat dengan indahnya sekali....

Ustaz menambah lagi.... Esok (hari terakhir di tahap) selepas kamu melintasi pagar tahap tuh, maka dengan rasminya kamu bergelar 'Lepasan Tahap' dan bermulalah perjalanan hidup kamu.... tiada lagi zon selesa... tiada lagi penjara buat kamu (buat mereka yang merasakan tahap adalah penjara... sindiran mesra...)
isk3... sebak dak2 muslimat kat blakang... he3... muslimin pun lebih kurang je....

Bermulalah perjalanan hidup kami... imtiazz92

Tahap yang daku kasihi...
sekiranya Allah menentukan pasti, ana akan kembali...
walau jauh berada di ufuk barat, tetap ana usahakan untuk kembali....
demi hanya untukku menghirup secangkir kasih para murabbi.....

No comments:

Post a Comment