Followers

Tuesday, April 13, 2010

Menggali Mutiara Pilihan



Bismillahirrahmanirrahiim.....

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam ruangan mencari jodoh. erk. sory2. silap
hai tersasul plak. Maklumlah tengok tajuk sajalah. Agak pelik bunyik nye....
Insya Allah kali ini, ana hendak antum2 dan antunna2 sekalian bersama ana dalam menggali kembali mutiara2 yang mungkin sudah terkambus dalam benak kita dek kerana lupa dan alpa....
hmmm. Masih samar-samar lagi??? begini ana nak kita bersama menggali kembali mutiara2 tazkirah di SMKA Tahap... daripada ana duduk termenung depan pc nie. Baik ana buat sesuatu. Apa yang terlintas di fikiran ana ialah tazkirah2 di Tahap. Inilah yang sebenarnya membuatkan kita menjadi kaya. Kaya dengan ilmu, bukan kaye rete (harta, kate org Perak)... dan sekarang, kembali mendahagainya.... gersang dan tandus jiwa... mati akal.... hmmmm.... cukup disitu...

Tujuan ana menulis kembali tazkirah2 pilihan ini adalah ana mau kita same2 refreshkan kepala otak kita, ye la... bila kita dah keluar dari zon selesa tersebut, ternyata kita sangat terdedah kepada dunia... dunia yang rakus. Rakus bagi mereka yang tandus .... tandus jiwa, akal, dan akhlak....

Baiklah Mutiara pilihan untuk kali ini: Rabu 2 Disember 2009 Bawah tajuk: Fatwa mu'assarah

Erk.. pertamanya bukan nak cerita fasal fatwa... tapi sedikit yang ana ingin kutip daripada kuliah ini berkenaan dengan cinta.... inilah sedikit kuliah yang ana gubah menjadi sedikit ceritera...

Begini... Pernah hati ini merasakan gelisah serta gundah gulana, entah mengapa... puas mencari punca, rupa-rupanya hati berbisik, gatal nak bercouple... alasannya... "semua kawan-kawan ku sudah mempunyai partner, aku saja yang single... terasa dah macam makhluk asing, skali skala nak jugak tayang macho (kalau permpuan nak tayang ayu)..." bisik hati ku....
Pada mulanya ku hiraukan saja... tapi lama kelamaan, makin jadi tak keruan....
Puas sudah mencari solusi.... konklusi nye... Ku rujuk le masalah nie pade ustaz....

Apa katanye....
Ingatlah Allah banyak-banyak, jaga hati, iman dan taqwa...

cintalah Allah, Allah lah kekasih sebenarnya..... lagipun pun belum tiba masanya....
apabila sudah halal (menikah) halal-lah cinta itu.....

Pertamanya mengingati Allah: Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan kepada Allah-lah mereka bertawakkal"
surah Al-Anfal ayat 2 (mks 177)

Ayat yang sudah biasa kita dengar, tapi jarang difahami, tidak sekali ingin menghayati...
Untuk mencapai getaran tersebut, amalan mengingatiNya seperti zikir dan membaca Al-Quran mestilah menjadi kebiasaan dan rutin.... Tapi, adakalanya cara sebegini tidak berkesan buat sesetengah insan.... seterusnya sama2 kita diagnos mengapa terjadi hal sedemkian...

Ok pesan ustaz seterusnya. Jaga Hati. Apalah ada pada hati. Student Bio dok pikir... "hati yang menghasilkan cecair utk memecahkan ikatan lemak ke???"... oh tidak bukan itu... Hati ini, adalah Sodri dalam bahasa arab. Kata Nabi "at taqwa ha huna"sambil menepuk pada dada baginda... Disinilah terletakknya apa yang disebut sebagai jiwa.... Atau disinilah menyalanya pelita iman dan taqwa... banyak maksiat banyak la jelaga (soot, ala mende itam2 tu ).. isilah dengan perkara yang baik, tenangkan ia dengan alunan zikir munajat dan dendangan Al-Quran.... jgn pernah mencampurkan ia dengan maksiat... analoginya mudah... ana kasi satu tupperware.... sekarang isikan KFC dalamnya.... pastu letakkan lagi sedikit sampah... tutup.... bukak semula selepas tiga hari. Apa yang jadi pada sampah itu, adakah bertukar baunya menjadi KFC??? tidak bahkan KFC tadi itulah yang berubah baunya menjadi sampah... konklusinya baik sememangnya tidak boleh bercampur dengan yang jahat. Jadi peliharalah Hati anda... so, kite nyanyi sket....

Jagalah hati,
jangan kau kotori,
Jagalah hati,
Lantera hidup ini,

Jagalah hati,
jangan kau kotori,
jagalah hati,
cahaya Illahi.....

Jagalah hati - Snada

Apabila Allah sentiasa di hati dan sentiasa menjadi kekasih dalam kehidupan seharian... maka segalanya Allah akan permudahkan...
mengenai jodoh. Allah sudah menetapkannya. Usah khuatir sehingga tidak keruan...
ingat... perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu jua lelaki yang baik untuk perempuan yang baik....
Oleh itu... Mulakanlah perjalanan dengan Basmallah.... kerana Dia lah kita hidup... keredhanNya lah matlamat kita bersama..... insya Allah.....
Wallahu'alam. Mohon maaf jika sekiranya terdapat kecacatan pada penulisan ana....



No comments:

Post a Comment