Followers

Monday, December 20, 2010

Midterm Exam: Selesai Sudah


Usaha, doa dan tawakkal kepada Allah, 
dan menjaga hubungan dengan Allah adalah kunci kejayaan dalam semua perkara 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

   Syukur kepada Allah s.w.t kerana limpah dan kurnianya kita masih lagi menghirup nafas dalam udara Islam dan Ihsan. Selawat dan salam juga keatas junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w dan juga ke atas ahli keluarganya dan para sahabat ridhwanullahi ajmain.

   Tepat jam 10.30 pagi tadi (Ahad 19 Dis 2010) ialah exam RIM (Religion in Malaysia). Untuk pertengahan semester 2 ini, pada ana soalannya agak mencabar.
Mungkin pada bahagian objektifnya tidaklah begitu susah. Hanya 10 soalan saja. Sudah tentulah tak susah, sebab jawapan sudah desediakan, tinggal pilih saja... hu8. Insya Allah, bagi yang siapa yang mengulangkaji sudah tentu tak mempunyai masalah semasa menjawabnya. 

   Pun begitu, bahagian 2 memang mencabar. Bahagaian essay. Bahagian yang agak mengerikan bagi siapa yang kurang ulangkaji. Mana taknya, soalannya beberapa patah perkaatan saja, ruang jawapan yang disediakan pula dekat berbelas-belas baris, maknanya kena tulis panjang la kan? ( bijak sungguh orang yang buat soalan itu kan? hu8). Ha, tak lupa juga everything in English ya. Fuhh, tercengang juga ana bila membaca 2 soalan tersebut. Sambil mengomel "alaa soalan simple je, ruang jawapan punya laa luas terbentang, nie mesti kene tulis panjang nie, kalau tak, tak de la die nak wat baris banyak2 nie, huuhh~"...

Soalannya: 1. Intellectual need for religion.
                2. Psychological need for religion.

   "Itu je? Lorh, habis dah soklan nye?" bisik ana dalam loghat Pahang, dengan nada separuh terkejut. Ya la, biasanya kat sekolah dulu soalan punyalah panjang berjela-jela, tambah pula soalan matematik bab penyelesaian masalah (problem slolution), teringat lagi soalan bentuk soalan matematik UPSR, Ali ada sebiji epal, manakala Abu ada 27 biji, dan bla, bla, bla... huuu, sungguh menakutkan dan memeningkan juga pada masa yang sama... he4.

   Syukur la soalannya cukup straight forward. Tiada lagi kiasan-kiasan, ayat-ayat bunga yang bisa melelapkan mata dan membuatkan pelajar menggaru kepala. Tinggal nak jawab saja. Tapi, bagi yang tak study, terpaksalah menggaru-garu kepala juga (bukan apa, nak cari idea yang sebenarnya, ana pun begitu juga la, hu8). Alhamdulillah, dah study walaupun tak terfikir pula soalan tersebut yang akan ditanya, jadi dengan berserah kepada Allah, soalan tersebut dijawab dengan penuh ketekunan dan keyakinan.

   Minggu sebelumnya, ana telah hadiri 3 peperiksaan maharat (kemahiran Bahasa Arab
 level 4), iaitu Kitabah (penulisan), Qiraah (pembacaan) dan Kalam (percakapan) dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Syukur kepada Allah. Kali ini exam maharat agak santai, mungkin sebab ianya pertengahan semester, jadi format tidak ditekankan sangat.
     
   Alhamdulillah, dengan berakhirnya exam RIM, maka berakhir sudahlah ujian pertengahan semester 2 ini. Esok, kembali semula masuk ke kelas. Mungkin keputusan Maharat juga akan keluar esok. Ana doakan yang terbaik buat semua. Amin.

   Cepat kan masa berlalu. Setengah semester lagi masih berbaki sebelum melangkah ke sem 3. Sebut pasal sem 3, atau short sem (semester pendek), Alhamdulillah ana sepatutnya bercuti pada sem tersebut. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah, cutinya tersangat lah panjang. Hampir 5 bulan lebih. Lama sangat. 

   Jadi, di sini ada dua pilihan, samada terus bercuti sambil bekerja atau tidak bercuti dan menyambung belajar subjek teras. Ana difahamkan hanya 2 subjek sahaja yang dibenarkan untuk diambil sepanjang short sem tersebut. Antum boleh bayangkan belajar 2 subjek dalam masa 1 minggu sepanjang 2 bulan? Jawapannya, agak membosankan dan terlalu banyak masa berehat dan tidak lupa juga kemungkinan untuk pelajar overslept (terlebih tidur) meningkat... hu8. 

   Hmmm... Mana satu yang lebih afdhal, bercuti dengan cuti yang sangat panjang atau belajar 2 subjek dalam satu minggu sepanjang 2 bulan...

   Setakat ini sajalah coretan ana buat masa ini, Insya Allah di masa yang lain ana akan menyambung semula menulis berkenaan dengan nostalgia rutin hari Jumaat di Bumi TAHAP dan kisah Soutul Jumaat, Insya Allah bila ada kesempatan waktu.
  

4 comments:

  1. Patotla bz je semedang..rupenye tgh exam

    ReplyDelete
  2. oohoo...
    erm, xde la busy semedang sgt... he4...
    bese2 je... uitm skang nie tgh cuti kan... hu3

    ReplyDelete
  3. Xla......dh lame dh start blaja smula..... Jumaat ni mid sem break

    ReplyDelete
  4. lamenye cuti....haish...makin bertambah2 jeles sy...hu8
    ehm, 6t uia start balik bulan 9 kan...maksudnye tuk masuk tahun baru, start bulan 9 kan?

    ReplyDelete