Followers

Wednesday, January 26, 2011

Senyap Tidak Bermakna Kosong...



Duduk, memerhati, berfikir, berzikir, dan menafsir... Ubat mujarab apabila fikiran bercelaru 

Tiga Minggu Tanpa Bicara

   Hampir tiga minggu ana meninggalkan blog ini kesepian. Ada yang mula bertanya kenapa tidak update blog, dah lama tak update. Ana hanya mampu tersenyum apabila mendengarkan soalan sebegitu. Selama tiga minggu ana menjadi bisu, tanpa bicara yang menuturkan di laman ini. Bisu hanya di sini sahaja, bukan di alam nyata ya. 

   Sepanjang tiga minggu ini, ana menjadi lebih suka mengambil masa untuk melihat, meninjau, membaca pergerakan dan perkara yang berlaku di sekeliling ana. Mungkin kering modal untuk menulis agaknya. Agaknya juga itulah yang menjadi punca mengapa ana mengambil langkah untuk mendiamkan diri selama tiga minggu ini. Jadi, solusinya perhati, fikir dan zikir...

Saturday, January 1, 2011

Pantas Masa Meninggalkan, 2010 Melabuhkan Tirainya



Berlari mengejar waktu,tiada pernah menunggu,
sentiasa menghambat kita dengan cemburu,
membuatkan kita sentiasa dalam terburu-buru,
memburu mengejar waktu...

Thursday, December 30, 2010

Cuti dan Cerita Ana



 
Kami sedang bercuti... We are on vacation... Nahnu al aan fil 'utlah...
Midsem Break... 25 Disember hingga 2 Januari 2010
   
   "Entah apa lah benda yang nak dibuat sepanjang cuti ini?" Keluh ana sebaik saja meneliti takwim UIA dalam Students Guide Book... 
   "Hmmm... dah la seminggu..." konon, macam la lama sangat, walhal sekejap saja seminggu je pun. "Well we'll see" kata orang Inggeris.

   Mengenai cuti tersebut,

Monday, December 20, 2010

Midterm Exam: Selesai Sudah


Usaha, doa dan tawakkal kepada Allah, 
dan menjaga hubungan dengan Allah adalah kunci kejayaan dalam semua perkara 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

   Syukur kepada Allah s.w.t kerana limpah dan kurnianya kita masih lagi menghirup nafas dalam udara Islam dan Ihsan. Selawat dan salam juga keatas junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w dan juga ke atas ahli keluarganya dan para sahabat ridhwanullahi ajmain.

   Tepat jam 10.30 pagi tadi (Ahad 19 Dis 2010) ialah exam RIM (Religion in Malaysia). Untuk pertengahan semester 2 ini, pada ana soalannya agak mencabar.

Saturday, December 18, 2010

Malam Minggu yang Dingin... Fuhh



Hujan itu rahmat Allah...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang

   Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t masih lagi memberikan kesempatan kepada ana untuk update blog setelah sekian lama tak update... Padahal rasanya tak sampai pun sebulan lagi, hmm... 

Malam Minggu...
   Hari ini mendung saja, petang redup, malamnya hujan renyai-renyai...
Sejuk sangat sampaikan ana memakai long sleeve t-shirt ditambah pula dengan sweater merah kesayangan ni, tapi tak lah sejuk sampai ke tulang, dan tak lah sesejuk macam negara Mesir dan Jordan... sahabat-sahabat ana yang berada di sana pasti seronok kan?... hu8

Thursday, December 9, 2010

Hijrah, Transformasi... Ayuh!



Alhambra, Granada, Sepanyol... Mercu tanda Kegemilangan Islam di ufuk Barat pada satu ketika dahulu... Sekarang?

 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

   Alhamdulillah marilah kita sama-sama merafakkan setinggi kesyukuran dan penghargaan kita kepada Rabbul Jalil, Penguasa yang Maha Agung iaitu Allah subhanahu wata'ala kerana dengan hidayah dan inayahNya kita masih lagi menghirup dalam nafas Iman dan Islam... Alhamdulillah...