Followers

Thursday, April 29, 2010

Kembara Ku ke Bumi Bertuah


Saat-saat kami meninggalkan Bumi Bertuah Smka Tahap,
mendung seolah-olah menggambarkan rasa hati kami...

Alhamdulillah... setelah sekian lama tak meng'update' blognye.....
inilah cerita ana setelah hampir 2 minggu tak membuka blog...

Kelmarin, ana berkesempatan melawat Tahap... Sekolahku yang tercinta. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sempat singgah sebentar di Tahap. Walaupun bukanlah lawatan atas title pelajar cemerlang, Alhamdulillah ana tetap bersyukur...


Pada asalnya, tak merancang pun nak singgah tahap... asalnya datang ke Jerantut atas alasan perjumpaan pelajar dengan beberapa orang sahabat yang lain, lokasinya bukan di Tahap, tapi di tempat lain, kebetulan lokasi perjumpaan tu dekat jugak dengan sekolah. Kata orang alang-alang menyelam, biar sambil minum air (erk... betul ke peribahasa nih, ape2 je la) kami pun singgah sebentar di Tahap... Masa tu kami naik kereta sapu (teksi tak rasmi), segan... kalau naik bas, dah tentu-tentulah kene berjalan di bawah terikan mentari bersama muka yang agak tebal sampai ke surau... jadi untuk elakkan rasa segan, kami menyuruh pak cik sapu tuh drive kami sampai kat tepi surau Tahap. Selamat... turun daripada kereta, kami terus menuju ke dalam surau... dalam perjalanan masuk ke surau, agak ramai junior-junior menyapa tanya khabar dan bersalaman... dalam hatiku berbisik, Ya Allah segannya... luar saja nampak cool, tapi dalam Allah saja yang tau.... hu3....

Seterusnya, kami pun solat zuhur berjemaah. Solat imam pertama dah lama selasai, waktu itu jam 2 lebih... hari itu, hari Ahad... jadi ramailah pelajar-pelajar muslimin Tahap jadi 'mayat-mayat yang bernyawa' dalam surau, tidur bergelimpangan dalam surau, mungkin keletihan akibat penat dengan aktiviti sekolah yang padat, tapi bagi ana itu adalah pemandangan yang biasa di surau Tahap pada hari Ahad, ana juga pernah melalui perkara yang sama...

Selesai solat... ana menjengah ke luar tingkap surau, melihat kepulan awan berarak mendung di langit Tahap, menandakan hujan bakal turun ke bumi tahap. Hujan rahmat kot... sapa sahabat ana yang lain. Mungkin kot, teringat ana waktu ambil result spm hari tu, selesai solat zohor berjemaah di surau, hujan turun dengan lebatnya, fikir ana mungkin perkara yang sama juga akan berulang kembali... tak lama selepas itu rintik-rintik hujan mulai turun, seiring dengan perasaan kami ketika itu... bukan nak feeling lebih ya, tapi realitinya begitulah, lebih-lebih lagi kalau ex-tahap yang datang tu bekas pimpinan atau siapa-siapa je lah yang sayangkan bumi tahap, pasti rasa sebak tu akan tercetus saat menjejakkan kaki semula ke bumi bertuah ini... dan nostalgia-nostalgia bersama-sama sahabat seperjuangan, guru-guru, adik-adik junior, makcik2 DeMa, Pak Cik Him (Pak Cik IbrahimulGhani, penyelia asrama) secara automatik berputar ligat kembali di ingatan... semuanya terasa seperti semalam, seolah-olah baru berlaku, segar begitu...
cukup disitu nostalgia nya... melalut pulak...

Kami pun duduk-duduk di serambi surau membentuk Halaqoh sambil-sambil mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu, ada yang lucu, ada juga yang sedih, tak lupa juga yang perit... semuanya dikorek kembali... sambil-sambil rancak berborak, ramai juga yang datang bersalaman, daripada halaqoh kecil-kecilan, berkembang jadi ramai... Kami diajak tidur semalaman di Aspura. Mulanya berat untuk kami tunaikan pelawaan tersebut, tapi selepas berbincang, akhirnya kami bersetuju untuk tidur... Kebetulan malam Isnin ada kuliah bersama Ustaz Hairul, rindu sangat-sangat untuk mendengar kuliah-kuliah daripada Ustaz Hairul, Ustaz Halimi,Ustaz Zulhazmi, Ustaz Hadzri, Ustaz Syed Hadi, Ustaz Faisal, Ustaz Farid Ustaz Nor Ainiddin dan lain-lain semuanya ada keistimewaan tersendiri, sehinggakan ana merasa ketagihan untuk mendengar dan mengikutinya... Malangnya hanya semalaman sahaja diberi kesempatan...

Petang itu, bertemu presiden Pai dan bendaharinya, malangnya setiausahanya tiada ketika itu... Dua-duanya junior ana... rapat, macam adik beradik dah... Berbual-bual sekitar masalah pimpinan tahap dan masalah semasa di Tahap, begitulah kebiasaanya jika ex-tahap turun kembali ke tahap... Teringin nak tahu perkembangan Sekolah...

Malam melabuhkan tirainya... Ana sempat merakamkan satu fonomena yang agak lucu, apabila bilal iqamat di surau untuk solat Maghrib, segelintir pelajar muslimin berlari tak cukup tanah risau masbuk sampaikan paip air di tempat wudhu' dibiarkan terbuka, mungkin sampai tak sempat nak tutup punya nak kejar Takbiratul uula, hai teringat waktu dulu-dulu, bukan apa, tahun ini dendanya telah dinaikkan... Kali ini jikalau seorang masbuk, maka satu bilik akan didenda bayar RM5.... Penyelesaiannya, elakkan masbuk, pasti selamat.... hu3.... Selesai solat Maghrib, kuliah Ustaz Hairul pun bermula. Tahun ini ustaz membuka kitab baru, maaf ana lupa nama arabnya... tapi kitabnya kali ini lebih dekat dengan ilmu tasawwuf, berkenaan dengan amalan hati, kalau tahun sebelum ini Kitab As-Sobru waz Dzau'k, tasawwuf juga... menarik, Alhamdulillah ana sempat merakamnya menggunakan telefon bimbit...
Selesai kuliah dan Solat Isyak, kami berkesempatan berjumpa Ustaz Hairul dan berbual sekitar arah tuju masing-masing, dan sempat lagi beliau memberi pesanan serta semangat kepada kami semua...

Tidur... sudah menjadi kebiasaan bilik KU dan TKU muslimin akan menjadi mangsa... Bukan apa tiap kali ade ex tahap yang turun, kebiasaannya bilik merekalah tempat tidur kami. Alhamdulillah selesa, maklum sahajalah bilik KU dan TKU muslimin tahun ini dilengkapi dengan bilik air dan dapur sekali. Tapi ana dijemput tidur bersama junior yang menjaga adik-adik form 1, lagi selesa...hu3...

Paginya... bersiap-siap untuk pulang. Sebelum itu sempat berjumpa dengan guru-guru di sekolah... hmm, ramai juga guru yang tiada hari tu, hanya beberapa guru sahaja yang sempat kami bertegur sapa, lagipun hari Isnin, mungkin guru-guru yang lain sedang sibuk mengajar... tak mengapalah, di lain waktu kalau ada kesempatan, Insya Allah kami akan kembali... Masa dirasakan begitu cepat berlalu, tak puas lagi rasanya untuk bersama-sama dengan guru-guru dan junior-junior, biarpun tak sampai 24 jam kami berada di sekolah kesempatan sebegitu amatlah disyukuri, maklumlah ana kan dah jadi orang jauh, tak boleh selalu-selalu nak ke Tahap... tapi kalau selalu sangat jemu jugak kan??? kata orang biarlah berkadar... Kami menyusun langkah keluar daripada SMKA Tahap bumi biah solehah, bumi bertuah... sekali lagi awan bergerak berarak mendung sambil mengiringi pemergian kami... mungkin inilah dinamakan rahmat... rahmat untuk bumi Tahap kerana Biah Solehahnya.... insya Allah....

SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang... bersama menyuburkan biah solehah.


2 comments:

  1. Bumi bertuah ini akan terus dirindui bagi mereka yg menghargainya..Bumi yg mentarbiyah manusianya.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah.... "bumi y mentarbiah manusianya" mgkn kian luput drpd tahap.... hmmm... banyak dah perubahan... jazakallah atas perhatian...

    ReplyDelete